CARILAH HATIMU DIMANA

Tuesday, October 30, 2012

Travelog iman (1) : Muflis


Posting kali ini ana petik dari sebuah buku yang ana baca, yang bertajuk "Travelog Iman Seorang Doktor". Banyak pengajaran yang ana dapat daripada buku ini. Buku ini banyak menyisahkan tentang perjalanan seorang doktor, yang banyak menghadapi di saat2 kematian pesakit2 mereka. Dan setiap pengakhiran kehidupan mereka, disebabkan oleh permulaan mereka. Jika baiklah permulaan kita, maka akan baiklah pengakhiran kita. Diceritakan kisah ini adalah kisah benar daripada penulis untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita...

Kali ini ana nak sentuh salah satu bab dalam buku ini, yang menceritakan tentang kerugian yang seseorang itu akan dapat apabila dia melakukan sesuatu perbuatan. Dan perbuatan itu adalah "Mengumpat".

Mengumpat

Perbuatan ini sebenarnya akan menghakis kebaikan yang dilakukan dan dikirimkan kepada orang yang diumpat.

Diceritakan bahawa seorang pesakit sedang menghadapi sakaratulmaut dan dikhabarkan oleh jururawat bahawa detak jantungnya lemah sekali, dan apabila si doktor pergi melihat kondisinya, ternyata diri pesakit itu kelihatan segar bugar dan wajahnya putih kemerah-merahan. Lalu si doktor memanggil namanya dan mengajarkannya kalimah syahadah. Dia mengucapkannya serta rohnya keluar mengadap tuhannya.

Pabila ditanyakan apakah perbuatan yang menyebabkan si pesakit mendapat husnul khotimah, diceritakan bahawa dia tidak pernah mengumpat dan mengungkit-ungkit keburukan orang lain.

Bekas bocor?

Saudara SeIslamku,
Ana nak seru diri ana dan sahabat2 sekalian, bahawa perbuatan mengumpat merupakan kesalahan yang besar. Perbuatan ini diumpamakan seperti orang yang mengumpulkan air dalam bekas air yang bocor. Agaknya bolehkah bekas ini menampung air yang kita simpan didalamnya? Bersama-sama kita memuhasabah diri kita..

Nak tutup kebocoran?

Selepas kita mengetahui bahawa bekas yang kita gunakan untuk mengisi air itu terdapat kebocoran padanya, justeru kite perlu mencegah daripada bekas tersebut terus menerus mengeluarkan airnya supaya kita dapat menyimpan air didalam bekas tersebut. Bagaimana caranya??

(1) Dengan memuhasabah diri. Sebelum tidur, sebelum melelapkan mata, muhasabah diri, apa yang telah dilakukan seharian. Hitungkan kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Dan tanam niat dihati supaya diri ingin melakukan perubahan pada hari keesokannya.

(2) Jika menyedari diri telah termengumpat orang lain, segeralah membaca ta'aawudz, a'uuzubillah minasy syaitonir rajim. Memohon perlindungan daripada syaitan yang direjam.

(3) Sentiasa bersama dengan orang yang soleh. Berhati-hatilah dalam memilih sahabat seperjuangan. Sahabat yang soleh/ baik akan menegur kesalahan sahabatnya. Sahabat yang baik diumpamakan seperti membawa wangian pada kita dan sahabat yang tidak baik akan menyebabkan kita mendapat bauan yang busuk.

(4) Bercakap apa yang perlu sahaja. Jika sesuatu perkara itu tidak perlu diucapkan, maka diam itu lebih baik. Sebagaimana hadis nabi menyatakan yang bermaksud, "Jika kamu beriman kepada hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik, atau diam."

Sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan yang akan merosakkan diri kita di dunia dan akhirat kelak. Semoga posting kali ini memberikan kebaikan kepada diri ana sendiri dan sahabat2..

Ana tutup dengan hadis baginda SAW:

"Barangsiapa yang mendapat penjagaan Allah SWT dari kejahatan lidah dan kemaluannya, dia akan masuk syurga." (HR Tirmizi)

Wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU