CARILAH HATIMU DIMANA

Wednesday, June 29, 2011

~Salam Israk Mikraj~

Bulan Rejab, Sya'ban, dan Ramadhan yang istimewa......

Sebahagian ahli hikmah menyatakan:
     "Bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa".


Alhamdulillah...dah 3minggu ana mulakan sem baru...insyaallah dengan semangat baru...penampilan baru (semoga istiqomah, insyaallah)...ada kawan baru (adek2 junior ^^,)..ustaz/ah yg alhamdulillah mantop2 blake..leh pakat2 kutip ilmu..bebanan amanah yg baru dipikul...dll....insyaallah lbh memberikan pentarbiahan diri tuk ana dan sahabat2 disekeliling ana...insyaallah....

Syukur pada Illahi kerana kite bertemu lagi dengan bulan Rejab yang mulia...semoga kite sampai pada penghulu segala bulan, bulan yg paling mulia, bulan Ramadhan...

" sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa........."

cam kate2 nie, semua org xperfect kan, even dy seorg tahfiz pon, still terbuat maksiat, cam lam surat khabar yg cite sal ustaz tahfiz rogol anak muridnyer..astaghfirullaha'azim...mungkin time tu dy kalah dengan nafsunyer wp didadanyer tersimpan ayat suci Al Quran...bukan calang2 orang yg leh hafal kitab suci ni...
tp ble nafsunyer berbicara, dy jatuh tersungkur dengan nafsunyer....nauzubillah....

iman manusia ade naik turunnyer...itu memang kebiasaannye laa..sebb kite bukannyer maksum cam Rasulullah...tp lau di setiap hari dan hari iman kite semakin turun dan turun....camne tu..??kite xtau kan ble kite mati...entah arini...mlm ni...esok...mggu dpan...taun depan...wallahua'lam...

Friday, June 24, 2011

~Sebuah Peringatan~



"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil........

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.........."

-secebis petikan dari khutbah terakhir Rasulullah SAW

Sebagaimana yg disabdakan baginda, sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kita dalam perkara2 yg besar, spt mensyirikkan Allah,...tp, syaitan laknatullah tetap berusaha untuk memesongkan kita dalam perkara2 yg kecil....betol ker???

Di zaman moden ni................
Susah sangat nak jaga hati kan, bile buat sesuatu nti takut timbul perasaan riak, ujub...ble tinggal sesuatu nti kawan kate kite ni hipokrik, ble nk tegur seseorg, nti dikatekan...'alah, nk tegur org, dy pon bukannyer betul sgt pon'.....
em, macam2 kerenah perangai manusia zaman moden ni...nak buat salah, tak buat pom salah....
papepom, tuk mencapai tahap keikhlasan yang sebenar, subhanallah, memang teramat susah sekali....

Tuesday, June 7, 2011

Titipan Untuk Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Sunday, June 5, 2011

Ayuh melawan NAFSU


Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan.
Watak nafsu adalah merasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkannya tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia akan melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak akan pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT mengetahui segala apa yang engkau perbuat, baik mahupun buruk.

Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat, maka sesungguhnya ia menyucikan hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."

Saturday, June 4, 2011

Warkah Buatmu


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU