
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rohnya.
Ameen...
Segala kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut serta merta telah hilang setelah melihat wajah suci bayi perempuan itu. "Subhanallah, comelnyer bayi ini."
1 tahun kemudian, bayi perempuan itu membesar seperti bayi-bayi yang normal meskipon bayi itu pernah mengalami penyakit sawan ketika berumur beberapa bulan, namun penyakit itu telah sembuh dengan izinNya. Alhamdulillah.
2tahun kemudian, bayi perempuan itu mendapat adik lagi, kali ini adiknya lelaki. Dan 4 tahun kemudian, dia dapat adik lelaki lagi.
Pernah suatu hari, ketika si ibunya sedang sibuk memasak di dapur, anaknya yang perempuan itu jugak ingin sibukkan dirinya bermain-main dengan bawang, kononnya ingin menolong ibunya memasak. Adiknya yang lelaki pon ikut kakaknya bersama.
Setelah adiknya kelihatan seperti boring, dia ingin memanjat kerusi, si kakaknya bimbang adiknya terjatuh. Si kakak pegang adiknya, supaya tidak jatuh. Baiknya kakak dia..

Pernah beberapa kali, mak saudara kanak-kanak tersebut menumpang di rumah untuk meneruskan pengajian mereka, sambil menjaga kanak-kanak tersebut. Dan sekarang, kanak-kanak itu semakin membesar. Si kakak, menjaga seorang yang amat pemalu orangnya. si abang, seorang yang sangat berdikari, mencari pendapatan sendiri di negeri orang, belajar sambil bekerja bukan senang. si adik juga mewarisi sifat berdikari daripada abangnya, dan adiknya yang bongsu, masih lagi mencari-cari hala tuju dalam kehidupan.
Sekarang anak perempuan itu sedang melanjutkan pengajiannya. Terpancar kebimbangan di wajah ibubapanya kerana sebelum ini tidak pernah dibiarkan anaknya berjauhan daripadanya. Namun apakan daya, hanya mampu bertawakal kepadaNya, semoga Allah menjaga anak perempuan ini selamat dari kejahatan manusia. Sehinggakan, si ayah sanggup pergi jemput di kampus untuk bawa balik rumah ketika cuti. Sampai itu tahap kebimbangan mereka, tetapi setelah beberapa semesta, mereka telah memberikan kepercayaan kepada anaknya untuk berdikari balik kampung sendiri.
Setiap kali anak perempuan itu pulang ke rumah pabila cuti sem, terpancar kegirangan di hati seorang ibu. Pabila si anak pulang, bermacam-macam resipi telah tersenarai, ingin memasak bersama anaknya. Kudrat seorang ibu untuk memasak keseorangan sangat terhad, lebih lebih lagi setelah pembedahan 8tahun lalu, kesannya masih terasa, menyebabkan si ibu tidak dapat melakukan kerja rumah banyak sangat. Namun si ibu bersyukur, dengan kudratnya yang terhad, dikurniakan seorang suami yang memahami, sering juga membantu kemaskan dapur, menjemur pakaian, memasak. Itulah suatu nikmat yang tidak terhingga dariNya.
Meskipun si ibu tidak berkelulusan tinggi, namun ilmu akhiratnya tidak dapat ditandingi. Di rumah, seringkali si ibu menasihati anaknya supaya jangan dikejar harta dunia, dan seringkali diceritakan kisah-kisah untuk dijadika teladan dan sempadan, tidak ketinggalan juga tentang hal-hal cara mencari calon suami, cara menjadi isteri solehah, anak yang solehah.
Insyaallah..
Doaku, semoga gadis ini menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, jua ibu dan nenek yang solehah dipertemukan dengan si soleh, semoga diperbaiki segala amalannya, diperbaiki sikap mazmumahnya. Semoga menjadi bidadari buat imamnya di syurga, ameen..
No comments:
Post a Comment