CARILAH HATIMU DIMANA

Monday, November 5, 2012

Bercinta Kerana Allah

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif,  Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku, begitu penjelasannya. 

Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam! itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.

Jadi dia masih takut pada Allah? , kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik.  

Apa kabar? 
Bagaimana keadaanmu setelah permergianku, tanya sang gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?  jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?  tanya pemuda lagi.
 Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku..jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Friday, November 2, 2012

Nota Detik 2 November

Pada 8 pagi, kedengaran suara tangisan seorang bayi perempuan, seorang wanita telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Bayi ini adalah anak ke2 wanita tersebut, yang sulungnya seorang lelaki. Si abang bayi tersebut keriangan gembira kerana dia telah mendapat seorang adek yang comel.

Ayah mertua wanita tersebut memberikan cadangan nama, dan yang dipersetujui ialah jika dalam bahasa arab daripada dasar perkataan ع ر ف yang bermaksud Yang Mengetahui. Mungkin niat ayah mertua wanita ini supaya anak-anak kecil cucunya tahu membezakan apa yang terbaik dan apa yang baik untuk dilakukan di masa hadapan, jua mempelajari dan mendalami ilmu agama bekalan masa hadapan.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rohnya.
Ameen...

Segala kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut serta merta telah hilang setelah melihat wajah suci bayi perempuan itu. "Subhanallah, comelnyer bayi ini."

1 tahun kemudian, bayi perempuan itu membesar seperti bayi-bayi yang normal meskipon bayi itu pernah mengalami penyakit sawan ketika berumur beberapa bulan, namun penyakit itu telah sembuh dengan izinNya. Alhamdulillah.

2tahun kemudian, bayi perempuan itu mendapat adik lagi, kali ini adiknya lelaki. Dan 4 tahun kemudian, dia dapat adik lelaki lagi.

Pernah suatu hari, ketika si ibunya sedang sibuk memasak di dapur, anaknya yang perempuan itu jugak ingin sibukkan dirinya bermain-main dengan bawang, kononnya ingin menolong ibunya memasak. Adiknya yang lelaki pon ikut kakaknya bersama.

Setelah adiknya kelihatan seperti boring, dia ingin memanjat kerusi, si kakaknya bimbang adiknya terjatuh. Si kakak pegang adiknya, supaya tidak jatuh. Baiknya kakak dia..

Meskipon kanak-kanak perempuan tersebut dilahirkan di Kelantan, namun dia dibesarkan di sebuah rumah sewa di Melaka. Jauh daripada sanak saudara, hidup sebagai perantau. Segala kesusahan dan kesenangan ditanggung sendiri. Kesusahan dan kepahitan kedua ibubapa nya dalam meneruskan kehidupan dilalui dengan kesabaran dan bertawakkal kepadaNya yang Memberikan rezeki kepada hambaNya.

Pernah beberapa kali, mak saudara kanak-kanak tersebut menumpang di rumah  untuk meneruskan pengajian mereka, sambil menjaga kanak-kanak tersebut. Dan sekarang, kanak-kanak itu semakin membesar. Si kakak, menjaga seorang yang amat pemalu orangnya. si abang, seorang yang sangat berdikari, mencari pendapatan sendiri di negeri orang, belajar sambil bekerja bukan senang. si adik juga mewarisi sifat berdikari daripada abangnya, dan adiknya yang bongsu, masih lagi mencari-cari hala tuju dalam kehidupan.

Sekarang anak perempuan itu sedang melanjutkan pengajiannya. Terpancar kebimbangan di wajah ibubapanya kerana sebelum ini tidak pernah dibiarkan anaknya berjauhan daripadanya. Namun apakan daya, hanya mampu bertawakal kepadaNya, semoga Allah menjaga anak perempuan ini selamat dari kejahatan manusia. Sehinggakan, si ayah sanggup pergi jemput di kampus untuk bawa balik rumah ketika cuti. Sampai itu tahap kebimbangan mereka, tetapi setelah beberapa semesta, mereka telah memberikan kepercayaan kepada anaknya untuk berdikari balik kampung sendiri.

Setiap kali anak perempuan itu pulang ke rumah pabila cuti sem, terpancar kegirangan di hati seorang ibu. Pabila si anak pulang, bermacam-macam resipi telah tersenarai, ingin memasak bersama anaknya. Kudrat seorang ibu untuk memasak keseorangan sangat terhad, lebih lebih lagi setelah pembedahan 8tahun lalu, kesannya masih terasa, menyebabkan si ibu tidak dapat melakukan kerja rumah banyak sangat. Namun si ibu bersyukur, dengan kudratnya yang terhad, dikurniakan seorang suami yang memahami, sering juga membantu kemaskan dapur, menjemur pakaian, memasak. Itulah suatu nikmat yang tidak terhingga dariNya.

Meskipun si ibu tidak berkelulusan tinggi, namun ilmu akhiratnya tidak dapat ditandingi. Di rumah, seringkali si ibu menasihati anaknya supaya jangan dikejar harta dunia, dan seringkali diceritakan kisah-kisah untuk dijadika teladan dan sempadan, tidak ketinggalan juga tentang hal-hal cara mencari calon suami, cara menjadi isteri solehah, anak yang solehah.
Insyaallah..

Doaku, semoga gadis ini menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, jua ibu dan nenek yang solehah dipertemukan dengan si soleh, semoga diperbaiki segala amalannya, diperbaiki sikap mazmumahnya. Semoga menjadi bidadari buat imamnya di syurga, ameen..



I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU