“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku, begitu penjelasannya.
Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam! itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.
Jadi dia masih takut pada Allah? ,
kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia
terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan
diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak
pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa
dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia
meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya.
Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu.
Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik.
Apa kabar?
Bagaimana keadaanmu setelah permergianku, tanya sang gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana? jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu? tanya pemuda lagi.
Aku
tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita
di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan
menyusulku..jawab si gadis.
Hanya
tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas
nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta
pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah,
bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada
kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan.
Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu
Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di
saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta
mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia
mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada
Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya
terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam
segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak.
Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan
membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan
harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan
rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya
kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana
maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin
No comments:
Post a Comment