CARILAH HATIMU DIMANA

Thursday, August 25, 2011

Cukuplah cintai dia dalam diam






 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
.
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)



Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.
Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.
“Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu. 

Monday, August 15, 2011

esok daa 16 Ramadhan -__-

Subhanallah, pejam celik pejam celik daa nk msuk 17 ramadhan, ade peristiwa yg terbesar dibulan yang tersangat mulia ini yaa...Nuzul Quran...hari yang padanya sempurnanya Al Quran diturunkan...tp....-__-

Ya Allah, izinkan daku mengecapi kenikmatan kebersamaan dengan denganMu di bulanMu yg penuh suci ini Ya Allah...

xpelaa..Allah uji pada hambaNya yang mampu, DIA Maha Mengetahui kemampuan hambaNya..kite selaku hambaNya hanya mampu berserah dan bertawakkal sahaja, jangan pula merungut dengan takdir yang telah ditakdirkan...astaghfirullah...tp kekadang, hati ini pernah sesekali merungut, bukan apa, hati ini terlalu rindukan untuk sujud menyembahMu, membaca kalamMu, betapa sedihnya hati ini pabila ditakdirkan, diberitakan sebegini..Namun apakan daya, ku hanya mampu berserah, ada hikmah yang tersembunyi, namun, ketahuilah kekasihku, aku sangat2 merindui sujudku.....-__-

Sunday, August 14, 2011

Dakwah itu??

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. 
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. 

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak nampak. 
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain, yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong, yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu .
 
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. 
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. 
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. 
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh. 
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. 
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya. Saya menghitung diri sendiri.





Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..saya nk tido..”. Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Mu”...



Wahai sahabat, ikhlaskanlah dirimu untuk ditarbiyah oleh Sang Murabbi..

Tuesday, August 9, 2011

Wahai Muslimahku Sayang




Hayatilah lagu ini...
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Wahai muslimah, jagalah dirimu dari menjadi fitnah bagi lelaki, sesungguhnya Allah telah menciptakanmu sebaik2 kejadian, janganlah dirimu menempah neraka sebelum dirimu dicampakkan ke sana di akhirat kelak, tutuplah dirimu dengan pakaian, sebaik2 pakaian adalah pakaian takwa...



Janganlah dibungkus tubuhmu, meskipun kamu telah berjaya membungkus tubuhmu dengan pakaian yang menutup kulitmu, namun ia masih tidak dikira kamu telah menutup auratmu, janganlah dipakai pakaian yang ketat dan padat, kerana pakaian itu hanya dipakai oleh mereka yang ingin menempah tubuhnya ke neraka jahannam..


Janganlah diletakkan bonggol diatas kepalamu, kerana sesungguhnya Allah telah melaknat wanita yang memakai sanggul dikepalanya, adakah kamu ingin dilaknat oleh Tuhan yang telah menciptakanmu??Takutlah akan laknat dari Allah, takutlah akan azabNya wahai saudara seIslamku...


Rasulullah SAW bersabda:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.  Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”-hadith riwayat Ahmad, jil 2, ms 223.
Ingatlah bahawa ; 

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini..

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan..

Kita masih bernyawa untuk hari ini adalah untuk bertaubat kepada Allah diatas segala dosa2 yang telah dilakukan, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat hambaNya. DIA menerima taubat hambaNya selagimana nyawa dikandung badan..

wallahua'lam........-_-


Ku Jua Tidak Sempurna





Mungkin perspektif sahabat2 lebih2 lagi muslimin mereka ingat muslimah yang cantik sahaja yang memakai purdah, sebb nak tutup kecantikan wajahnya semata-mata.


Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik.Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Selagi kedua-duanya menutup  aurat,  pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik.

Muslimah berpurdah kerna ingin membantu muslimin menundukkan pandangan mereka, so, pada muslimin, janganlah dianggapkan bahawa muslimah yang memakai berpurdah ni semuanya kerna ingin menutup kecantikan wajahnya. Memang kecantikan seorang wanita hanya untuk suaminya sahaja dan mungkin kerna itu muslimah tersebut berpurdah. Namun mungkin ada muslimah yang mempunyai wajah yang kurang cantik tapi dia memakainya untuk menjaga dirinya dari fitnah dunia yang sedang bermaharajalela didunia akhir zaman ini.

Janganlah dipandang mereka yang berpurdah ini sempurna agamanya, kerna bla kmi khilaf dan terlupa, terlalai melakukan kesalahan, terus kami akan dipandang sehinanya, kami hanya manusia biasa, sedang berusaha untuk membantu muslimin menundukkan pandangan mereka. Janganlah di'usha' kami wahai muslimin, kami tidak selesa dengan ke'usha'an antum. Tolonglah tundukkan pandangan antum .Sebagaimana firman Allah, "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30] Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Kami telah membantu antum untuk menundukkan pandangan antum, jadi terserah pada antum sama ada nak jaga hati antum dari memandang muslimah atau tidak. Kerna tidak dinafikan muslimah yang berpurdah mungkin kelihatan lebih cantik kerna yang kelihatan hanya matanya, namun ketahuilah bahawa mata kami adalah anugerahNya, bila2 masa sahaja DIA boleh tarik balik anugerah ini.

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari r.a. berkata:
"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."

Ketahuilah bahawa kami hanya manusia yang masih perlu diberikan tunjuk ajar dari sahabat2 untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri, segala kekhilafan diri mohon sahabat2 yang berukhuwah kerna Allah menegur dan menasihati kami, doakan kami semoga kami istiqomah dengan segala yang sedang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan mardhotillah...


“Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah s.w.t, Allah s.w.t telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 35)

wallahua'lam

Saturday, August 6, 2011

Apabila Ustazah Jatuh Cinta


Ustazah jatuh  Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaanTetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
 
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..



I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU