CARILAH HATIMU DIMANA

Friday, March 30, 2012

Luasnyer HaLaL, Sempitnyer HaRaM



Subhanallah, jika diperhatikan pada tajuk entri ana kali ni, sesungguhnya Allah telah mempersempitkan yang haram, dan memperluaskan yang halal...ape pendapat korang ngn statement ana ni??...setuju x??

Asenyer ade yang xdpt tangkap ag kan ape yang ana nak bincangkan utk kali ni. ok, ana cube terangkan setakat yg ana mampu yer..insyaallah

Perhubungan antara lelaki dan perempuan pada asalnya haram, dan perhubungan ini diharuskan ble ade urusan..so, lau kite nk berhubung ngan seorang bukan mahram kite tanpa urusan hukumnyer....>>haram laa kan...?? ni ana petik dr kata2 kk Fatimah Syarha...

Yer ana faham, kite ni manusia biasa, nak disayangi, ingin menyayangi, zaman skrg ni lau xde pakwe makwe dianggap mcm pelik...huhu..ana sendiri pon pernah ditanya beberapa kali oleh cozen ana sebelum ni, dy perempuan ok...

dy tyer ana, ' Tak de pak ker ngah?'....Ana ckp: 'Alhamdulillah, xde..'...dan dy ase pelik ana ckp yg ana xde...huhu...

Alhamdulillah, ana dr dulu smpy skrg, stakat ni xde kawan laki, tp xdinafikan, ana pom manusia biasa gak, tgk org laen ade pakwe makwe....kengkadang dtg gak setan jahat neh dtg menggoda...tp alhamdulillah, dgn bekalan iman didada...dapat dilenyek makhluk setan uh....dessss....

Jangan risau wahai sahabat2 ku yg ana sayangi, yakinlah dengan janji2 Allah, sesungguhnya PEREMPUAn yang BAIK untuk LELAKI yang BAIK...perempuan yang pernah bercopel dengan seseorang untuk lelaki yg pernah bercopel gak...perempuan yg tidak berpegang dengan agama untuk lelaki yang tidak berpegang dengan agama jgk, perempuan yang pernah bercatting ngan lelaki untuk lelaki yang pernah bercatting dgn perempuan gak, perempuan yang pernah berzina utk lelaki yg sama gak, kecuali mereka yg telah bertaubat...

So, kite nk ker pasangan kite 'bekas' orang????
Lau xnak, jagalah diri kite supaya tidak menjadi 'bekas' orang, dan kite juga mendapat pasangan hidup yang bukan 'bekas' orang lain jgak....insyaallah,,,amiin...

Tapi belum terlambat ag bagi mereka yang dah 'melanjur' dan 'terlanjur', masih ade masa untuk bertaubat. Tapi INGAT!! Jangan berlengah2 untuk bertaubat tau...!!

Yakinlah, aper yang kite buat sekarang, adalah ape yang kite akan dapat nanti...lau kite bersabar, bersabar dan terus bersabar dari melakukan perkara yang Allah murka, yakinlah bahawa antum pasti akan mendapat balasan yang setimpal dariNYA...

Ape yang penting??? ialah bersabar...itulah kunci bagi sesuatu perkara....bersabar dari melakukan maksiat kpd Allah, bersabar dr bermesej dgn yang bukan mahram kite... bersabar dari meletakkan gambar2 'comel' kite dalam laman sosial, bersabar dari tengok cite2 lucah, bersabar dari bercatting dgn yang bukan mahram, bersabar dari keluar date ngn pakwe makwe, bersabar dari pakai pakaian yg cukup2 tutup aje, bersabarlah....ingatlah bahawa sesungguhnya Allah nk tgk setakat mane, setinggi mane ketebalan dirimu dapat bersabar....

Dan bila suatu saat nanti, Allah memberikan suatu ganjaran kepadamu, dan pada masa itulah, baru dirimu merasai bahawa...subhanallah, Allah Maha Melihat yg selama ini engkau tetap bersabar dr melakukan maksiat, DIA membalas dengan memberikan kepadamu pasangan yang taat padaNya, dan zauj yang menyayangimu, dan keluargamu, sebagaimana dy menyayangi dirinya sendiri. Zaujmu menyintaimu kerana Allah. Seorang yang tidak pernah bermesej ngn perempuan tanpa urusan, yang menundukkan pandangannya, yg baik akhlaknya, seorang yang menghormati orang tua, dan yang paling penting, beragama dan mengamalkan ilmunya. Subhanallah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang menyintaimu, supaya bertambah kecintaanku kepadaMU....!!

Bersabarlah duhai sahabat, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang bersabar...
Sesungguhnya Allah telah memperSEMPITkan yang HARAM dan DIA memperLUASkan yang HALAL :)
Subhanallah~

Peringatan buatku yang lupe,,,....


Wednesday, March 21, 2012

8 Tahun Dikau Pergi


Ana tertarik dengan sajak dari seorang sahabat...Subhanallah....



Sajak ini saya nukilkan sempena 8 tahun pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin bertemu Ilahi.

Syeikh Ahmad Yassin..
Lahirmu di Askalan membawa erti dalam Islam..
Berkerusi roda tika berumur 12 tahun dek kebengisan musuh yang durjana..
Tapi semangat juangmu terus membakar..

Namamu sering disebut-sebut..
Sebagai pemangkin semangat generasi anak muda..
Dalam membawa panji-panji Islam..

Syeikh Ahmad Yassin..
Sebelum engkau pergi..
Engkau telah melaksanakan suatu tugas yang sangat besar..
Engkau menjadi pemimpin yang yang disayangi rakyat...
Dan menjadi pemimpin digeruni musuhmu..
Engkau berjaya menjadikan rakyat mu untuk tidak bertelingkah sesama mereka..
Engkau mengrekrut pesyarah, doktor, peguam, hartawan demi mencapai tujuanmu..
Iaitu membebaskan Palestin dari si bangsat dunia itu..

Syeikh Ahmad Yassin..
Ujian terhadapmu yang berkerusi roda memang besar..
Dipenjara selama 13 tahun dalam tahanan si durjana..
Engkau disiksa di apa-apa kan..
Namun, engkau setia dalam perjuangan mu..

Syeikh Ahmad Yassin..
Kehebatan mu sungguh terserlah..
Kepimpinan mu sungguh luar biasa..
Teladan mu sungguh menjadi ikutan..
Engkau pernah berkata, "Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah terpisah jasad dan nyawa"..
Ooh, memang patut engkau disayangi rakyat..
Sekarang aku faham..

Syeikh Ahmad Yassin..
Engkau hanya berkerusi roda..
Namun, ketakutan musuh terhadapmu seolah-olah engkau memiliki kuasa yang hebat..
Engkau hanya seorang manusia yang lumpuh, tidak boleh berjalan..
Namun, engkau bisa menitipkan perasan gerun dihati-hati musuhmu..
Tatkala gerun dan takut menguasai musuhmu..
Perancangan membunuhmu yang lumpuh direncanakan..

Syeikh Ahmad Yassin..
Bertarikhkan 22 Mac 2004..
Engkau pergi meninggalkan kami selamanya..
Engkau menghadap tuhan dalam keadaan yang tersenyum gembira..
Tapi..
Cara pemergianmu sungguh menghibakan..
Engkau dibedil dengan peluru berpandu..
Alangkah kejam yang tersangat musuhmu terhadap engkau..
Engkau hanya berkerusi roda..
Namun, pembunuhan ini tersangat sadis terhadap mu yang berkerusi roda..

Syeikh Ahmad Yassin..
Dengan membunuh mu, mereka menyangka sudah melenyapkan mu..
Tapi, mereka salah!!..
Memang jasadmu berjaya dimamah peluru berpandu..
Tapi, roh jihad mu, perjuang mu telah engkau salurkan ke jiwa-jiwa manusia yang mahu membebaskan Palestin..
Ayat Quran menyangkal dakwaan mereka yang mahu membunuhmu dengan alasan mahu melenyapkanmu..
"Dan jangan kamu sangka mereka yang berjuang di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki oleh Allah, sedang kamu tidak menyedarinya."..

Syeikh Ahmad Yassin..
Sekarang, sudah 8 tahun engkau meninggalkan kami..
Tapi, ingatan kami terhadapmu tidak pernah luput..
Engkau mendidik kami untuk terus berjuang..
Engkau mengalirkan kekuatan berjuang kepada kami..
Tanpa punya perasaan penat dan lelah..
Terima kasih wahai Syeikh Ahmad Yassin..

p/s: maaf sebab tak terkeluar bait2 indah, cuma ini yang mampu dipamerkan.

Nukilan dari sahabat seperjuangan....

Hari ini Gugurnyer seorang Pejuang


22 Mac - merupakan peristiwa yang bersejarah dengan kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin Palestin...Al-Fatihah....

Ana nak share satu petikan dari sahabat ana di fb...renungkanlah.......

Hayati setiap bait kata² As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..

Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian.

Telah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, 4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik & 13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatu yg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri & 20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.





Subhanallah begitu besar semangat perjuangan dari jasad seorang yang hanya berkerusi roda, namun, mempunyai roh jihad yang sangat tinggi. Semoga kite sebagai generasi anak muda dapat mencontohi semangat jihad beliau, dalam berjihad utk membebaskan Palestin, bumi orang ISLAM, walau hanya dengan sebaris doa, Semoga Allah menghancurkan mereka tentera ISRAEL laknatullahi alaik….takbir!

Awak ni ,,,, ustazah ker?


KRITERIA BERTUDUNG LABUH : Tidak TERTUMPU kepada aliran agama sahaja,. Sesiapa boleh memakainya. (^_^)

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program KAUNSELING la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iya walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaALLAH.

sekian dariku,
♥♥Tahajjud Chienta Amiera♥♥
♥♥HaNieRa♥♥


P/s : Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin :) Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah..

Tuesday, March 20, 2012

Menemani mama di HUSM


Pagi-pagi lagi aku kene bersiap2, sebab menemani mama ade appointment kat HUSM, Kubang Kerian.Sedang tengah bersiap2, hati masih ragu2, nak pergi ke tak ni...isk, kene pakse gak hati ni tuk pergi, bile lagi kau nk teman mama, inilah masanya....(kengkadang, kite kene paksa diri sendiri tuk wat kebaikan)

Alhamdulillah, aku berjaya memaksa diri... On de way nak ke Husm, baba melalui beberapa buah sekolah. Kelihatan pelajar2 sk berjalan2 menuju ke pagar sk, huhu. Kerinduan menerjah dihati, rindu zaman2 sk dlu2. Banyak kali gak aku sampai lewat ke sk, tp alhamdulillah, dalam byk2 kali tu, hanya 2/3 kali jer kene denda, huhu. Ape ke tidaknye, bile masuk pagar sk je, sebuah bas sk sampai, ramai jer pelajar menerjah pagar sk tu, so, aku masuk group dyorang la. huhu. Pernah gak sekali tu, deme wat cam xnampak jer bile ana masuk.

Em, kenangan time sk, memang xkan ku lupekan, kenangan bile sk ni laa kenangan paling indah sk, meskipon ianya xseindah pelangi selepas hujan, dek kerana panas diwaktu petang. huh, ape maksudnyer ni???err...= ='
Tadi bile tengah bersiap2, ana terlintas dlm hati, apelaa agaknyer ujian Allah nk bg padaku harini yer..?

Sesampai jer kat Husm, baba tinggalkan aku ngn mama, so, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke destinasi, sebelum tu, singgah beli kuih tuk mengalas perut yg kelaparan. Lepas tu, mama g amek nombor giliran, yg ke 25, wah, lame gak tu, menunggu hampir 2jam kot, dengan berbekalkan kesabaran, aku ngn mama setia menunggu, sambil bace buku, aku bace buku 'Melukis Pelangi' karangan Oki Setiana Dewi.


Sejak bace buku ni, aku ingin mengembalikan diriku sebelum ini yg telah hilang dek kerana berlaku sesuatu yg sangat2 aku kecewa dengannya. Sebelum ni, aku jua, seperti oki, suka menulis diari, tapi hobi ku lenyap dek gara2 berlaku sesuatu, yang sampai hari ini aku tak bisa melupakannya, em, biarkanlah. Kenapa kite nak lenyapkan sesuatu kebiasaan kite disebabkan seseorang kan?..So, sedikit2, aku nak mengembalikan hobi yang sudah lama aku tinggalkan, lama ker?? Hampir 2 sem laa aku tinggal hobiku ini. Gara2 insiden itu, sahabatku menghadiahkan aku sebuah diari yang mempunyai kunci, hehe, leh kunci supaya xde orang bace...^^

Keberadaan aku di Husm, banyak bende yang aku dpt pelajaran drpdnya, bile tgok org sakit, terasa diri ini, bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan. Benarlah, antara 2 nikmat yang selalu kita persia2kan adalah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Nikmat masa lapang adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli lebih2 lagi ana sebagai student, terasa agak ketensyenan bile hampir nak xam final. Sedangkan bile ade waktu lapang pd awal sem, xdigunakan sebaiknya. Itulah nikmat yg paling besar bg ana, lbh2 lg sebagai student, sebagai anak, lepasni insyaallah ade jodoh sebagai isteri solehah pula, amiin..

Satu lagi perkara yang ana nk kongsikan bersama, sedang kami menunggu di kawasan berhampiran tempat menunggu, tetibe kedengaran suara kanak2 menjerit mencari ibunya. "Mama....Mama....." sambil menangis. huh, kuat jugak suara budak neh. Mak budak tuh pon berkejaran mengejar anaknya, "Mama kat sini...." saut maknya. Huh, terkejut ana, orang sekeliling pun tengok dengan pandangan yg mengejut. Alhamdulillah, budak tu jumpe gak mak dy.

Mama ana bgtau, "Budak ni jenis yg hyper, bile dy perasan mak dy hilang, terus menjerit menangis mencari maknyer, susah tau nk jaga anak jenis gitu. Alhamdulillah anak2 mama semuanya xgitu, cntohnyer along, bile terperasan yang mama hilang dr pandangan, along tak terus menjerit menangis, tp dy slow2 jalan, sambil mata liar mencari mama, mama daa nampak dy dr jauh, mama ikut along kat belakang, semakin lame smakin dekat, lepastu mama panggil..."Along..."...along berpaling, dn mukanyer baru menunjukkan dy sedey"....ala ala la.. comelnyer....^^..hehe


Bestnyer lau ade anak sedara kan, jeles ngan kawan kite tu, ramai jer anak sedara dy,.siapalah kite nie, nk menimang anak sedara, em, anak sendiri laa jawabnyer.

Wallahua'lam, tu jelaa kot perkongsian ana arini, insyaallah, lain kali ade lagi. Wassalam............^^

Monday, March 19, 2012

Jika ingin lakukan Maksiat, ini Syaratnya!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar, bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu, dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." Kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang kamu yakin sedemikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
  

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Thursday, March 8, 2012

Untukmu Solehah ^^


Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.
Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.
Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah sayangku solehah.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU