CARILAH HATIMU DIMANA

Tuesday, October 2, 2012

Allah bg SAKIT, Allah juga bagi UBATnya

 ~* Saiyidina Umar Al-Khattab r.a, pernah satu hari ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih, apabila ditanya oleh para sahabat mengapa beliau sedih, lalu beliau menjawab :
"Hari ini aku belum lagi diuji oleh Allah, aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehingga aku tidak ditimpa ujian.."

Lihatlah betapa rindunya sahabat Rasulullah saw terhadap ujian dan dugaan yang diberi oleh Allah.. ia menunjukkan betapa dekatnya ikatan hati para sahabat dengan Penciptanya.
maka, bersyukurlah, bagi insan yang merasakan ujian itu adalah teguran kasih sayang daripada Allah..:)

Ana nak share sedikit pengisian rohani yg boleh memberikan sedikit penawar bagi mereka yang sedang dilanda ujian supaya jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Sebab Allah memberikan ujian kepada kita, berkata ulamak:
1. Kerana Allah nak kafarahkan dosa
2. Untuk menaikkan darjat kita
3. Allah nak kita semakin istiqamah dengan agama
p/s; jangan bagi peluang pada syaitan untuk masuk menggoda kita supaya jauh daripada Allah
4. Sebagai latihan untuk menguatkan hati kite ketika ditimpa ujian.
(Sebagaimana ahli bomba ade latihan kebakaran, sebelum kebakaran yg sebenar berlaku?

Sabar yang sebenar adalah ketika mula2 ditimpa ujian, sebagaimana sirah Rasulullah saw, ketika Rasulullah melalui suatu perkuburan, didapati seorang wanita sedang menangis diatas kubur tersebut, lalu Rasulullah menegur wanita tua itu, "Wahai wanita tua, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah". Wanita itu bertanya; "Kamu ni siapa?" Wanita tersebut menghalau Rasulullah saw. Dikatanya lagi, "Kamu tidak mengalami ujian ini, bolehlah kamu mengatakan sedemikian, jika ujian ini ditimpakan ke atasmu, tentu kamu merasainya. Maka Rasulullah pun berlalu, dan Anas bin Malik memberitahu kepada wanita tua tadi bahawa orang itu merupakan Rasulullah saw. Sebaik sahaja wanita itu mengetahui bahawa orang yang dia halau tadi adalah Rasulullah, timbul perasaan menyesal dalam hatinya lalu dia mencari baginda. Wanita tua itu menjumpai Rasulullah dirumah baginda lalu Rasulullah saw bersabda: "Sabar adalah pada waktu mula-mula diuji". 

p/s Jika pada permulaan ujian kamu dapat bersabar, maka sesungguhnya kamu telah bersabar...

Ketika Allah beri sakitnya ujian, samada kita perasan atau tidak, Allah juga telah memberikan ubat bagi kesakitan tersebut. Ketika kita ade masalah, Allah berikan kita sahabat yang baik, tempat kita berkongsi suka duka, Allah berikan kita seorang ibu yang boleh menasihati kita, Allah berikan ketenangan bagi mereka yang menghidupkan rumah-rumahNya, itulah ubatnya. 

Maha Penyayangnya Allah. Sesungguhnya kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Allah tak kan membiarkan hambaNya tercari-cari ketenangannya sendirian.

p/s; wahai hati, bersabarlah dengan ujian daripadaNya, Sesungguhnya ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya..

Juga buat sahabat-sahabat seperjuangan, usah dikau jatuh dengan ujian yang diberikan, kerna Allah uji untuk menggugurkan dosa-dosamu, Allah uji untuk menaikkan darjatmu, dan Allah uji tanda kasih sayangNya kepadamu... Bersyukurlah kerna kita terpilih olehNya untuk diuji <3 ;)

video ni hadiah buat mereka yang sedang diuji =)

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU