CARILAH HATIMU DIMANA

Friday, April 5, 2013

Sedikit Perkongsian Dari Saya

Salamun alaik,
harii nie nak kongsi sedikit cerita... pagi tadi sempat dengar 30 minit ustaz don...

Tentang seseorang yang bernama Juraih, cerita nie berlaku ketika pada zaman Rasulullah, cerita ini terdapat dalam hadis nabi..

Mesti ramai yang dah tahu tentang cerita ini, Juraih merupakan seorang abid yakni ahli ibadah, dipendekkan cerita, ada seorang wanita datang kepadanya untuk melakukan maksiat, dan perbuatan itu ditolak sekerasnya oleh Juraih. Oleh disebabkan kecewa dengan perbuatan Juraih, perempuan itu berlalu dan terjumpe dengan seorang pengembala kambing dan melakukan maksiat dengan lelaki tersebut. Hasil daripada perbuatan tersebut, perempuan itu telah melahirkan seorang bayi dan perempuan itu menyatakan bayi itu merupakan anak Juraih dengannya. Masyarakat kampung mempercayai kata-kata perempuan itu dan menuduh yang bukan-bukan kepada Jurah ahli abid. Dengan izin Allah, bayi itu telah bersuara dan menyatakan ayah sebenarnya adalah seorang pengembala kambing dan bukannya Juraih sepertimana yang dituduh oleh perempuan itu...

ni antara cerita yang ustaz don cerita pagi tadi...

ok, pengajaran (ibrah) yang ana faham diambil daripada cerita nie adalah:

Masyarakat lebih mempercayai kata-kata si wanita yang ibadatnya entah ke mana daripada seorang abid, yakni ahli ibadah itu sendiri. Dan jika nak dikaitkan dengan zaman sekarang, masyarakat sekarang lebih mempercayai mereka-mereka yang kurang baik dari segi ibadahnya, suka menfitnah orang, buat maksiat, pergaulan lelaki perempuan tak tahu nak jaga, solat entah ke mana, suka hiburan yang melampau, mereka-mereka ini lebih dipercayai berbanding dengan pihak alim ulamak, yang menjaga ibadat mereka, yang ingin menegakkan agama Islam, yang sayangkan agama Islam. Inilah sikap buruk masyarakat sekarang yang pernah dilakukan oleh orang zaman terdahulu.

Dan lebih teruk lagi para alim ulamak difitnah, dikeji, dimaki hamun oleh mereka-mereka yang tidak punya hati yang baik ini. Bukankah ulamak adalah pewaris para nabi? Bukankah kita ingin mendapat syafaat baginda SAW di akhirat kelak? Kalau kita mengaku kita sayang nabi SAW, kenapa kita sanggup mencaci para ulamak?

Cuba kita beristighfar sebentar, dan muhasabah balik, apa yang betul dan apa yang salah. Semoga kita mempertimbangkan kebaikan dan keburukan seseorang dengan pemikiran orang yang berilmu, dan bukan dengan emosi semata-mata.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua..

Syukran sudi bace celoteh saya ^^




Siapa yang akan menyambung perjuangan beliau untuk menegakkan agama Islam di bumi ini kalau bukan pemuda hari ini?? Dan mereka itu adalah kita yang mengaku sayangkan NABI SAW..

Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali muhammad

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU