Empat perkara yang lebih baik daripada empat yang terbaik...
1- Rasa malu dari laki-laki itu baik, namun bagi wanita maka ianya adalah lebih baik.
+Seseorang lelaki yang bertawaduk merendahkan dirinya supaya terhindar daripada sifat-sifat tercela adalah sangat baik. Namun wanita yang malu kerana takut maruahnya tercemar disamping memelihara tingkahlakunya terutama di hadapan lelaki ajnabi adalah lebih baik daripada sang lelaki yang mempunyai sifat malu. Sesuai dengan sifat lemah lembut dan malu bagi kaum wanita yang bersopan.
2- Setiap adil dari setiap orang itu baik, namun dari para pemimpin adalah lebih baik...
+Setiap orang itu hendaklah mempunyai sikap adil, kerana ia merupakan suatu tindakan yang tepat terutamanya dalam membuat sebarang keputusan. Tetapi berlainan pula terhadap pemimpin yang lebih dituntut untuk adil dalam menjaga maslahat keluarga, orang ramai atau rakyat untuk memastikan kemakmuran keluarga/masyarakat terjaga.
3- Taubat dilakukan oleh orang tua itu baik, tetapi jika ia dilakukan oleh orang muda adalah lebih baik.
+Adalah lebih baik kita bertaubat diwaktu muda, supaya kita tidak menangguhkan taubat kita sehingga berusia tua. Itu pun kalau sempat bertaubat, tapi kalau tak sempat? Bukankah pada zaman muda ini, ramai antara orang muda/remaja yang leka dan lalai dengan usia mereka untuk bermaksiat. Namun alangkah beruntungnya orang muda yang tidak mahu mensia-siakan zaman mudanya dengan membuat perbuatan-perbuatan yang merugikan, sebaliknya mempertingkatkan amalan soleh dan sentiasa menangis kerana rindu kepada Allah, serta sentiasa memperingati mati. Janganlah tunggu bila dah tua barulah nak beramal. Badan dan lutut dah menggeletar, setiap amal pun dilakukan dengan cara yang tidak sempurna lagi, kerana tubuh sudahtidak segagah di waktu berusia muda.... Alangkah ruginya..
4- Kedermawanan bagi orang kaya itu baik, namun bagi orang fakir adalah lebih baik.
+Orang yang kaya dan bersifat pemurah itu adalah sangat baik, kerana mereka menggunakan harta mereka ke jalan Allah. Dengan menderma/bersedekah, Allah menambah lagi kekayaan mereka, maka lebih banyaklah harta yang boleh diinfakkan ke jalan Allah. Namun bagi seorang yang fakir (tidak mempunyai apa-apa harta) apabila dia bersedekah dengan apa yang dia punyai, infak yang diberikan itu sungguhlah bernilai kerana sanggup mengorbankan keperluan diri demi kesenangan orang lain meskipun dia lebih memerlukan pertolongan terutama daripada orang yang berharta atau kaya....
#copypaste fb je#
No comments:
Post a Comment