Isu semasa sekarang...
Semua orang sudah maklum bukan, sekarang nie isu panas lagi hangat tentang PRU. Semakin hari semakin ku rasai bahangnya. Di musim-musim ini, terasa semakin malas nak buka tv tengok berita. Bukan apa, tak nak menambahkan dosa mendengar cerita-cerita yang kadang-kadang tidak masuk dek akal dari pihak sana.
Dan isu terbaru yang timbul, tentang kenyataan solat si A tidak mendapat pahala.
Alhamdulillah, ana tak tengok isu itu di dalam berita, tapi isu nie panas di fb, so, ana dapat tahu jugak tentang isu nie.
Bila mendengar youtube tentang nie..
Mendengar si A menyatakan pihak bawah pimpinan ulamak ni adalah parti ajaran sesat, Allahu Rabbi, sedeh di hati ni Allah je yang tahu, tergamak dia menuduh tok guru macam tu sekali.
Sedangkan kenyataan yang tok guru katakan bukanlah seperti yang si A cakap, mungkin ade salah faham di situ, ataupun buat-buat tak nak faham, wallahua'lam. Tapi yang nie ana tak nak bahaskan, jawapannya mungkin kamu dah dapat kan..
Kat sini ana bukan nak bahas tentang nie, cuma ana terkilan sebab orang Islam sendiri yang menuduh, menghina ulamak, ulamak yang tinggi ilmu agamanya, yang faqih bidang agama, yang hafal 30 juzuk Al-Quran, yang faqih dalam tafsir ayat Al-Quran, yang tahu tentang usul fiqh, fiqh sirah, fiqh siasah, fiqh muamalat, munakahat, alim dari segi nahu bahasa arabnya, dan lain-lain lagi, tergamak si A tuduh begitu. Sungguh, ana terkilan sangat-sangat! Siapalah kita nie kalau nak dibandingkan beliau, seorang alim ulamak, yang dekat dengan Allah, yang dikasihi Allah dan Rasul,..dan ada yang cakap beliau nie seorang wali Allah.
Allahu Rabbi...
Kalau dari mana-mana pihak sekali pun, dan mereka menghina para ulamak, memang ana rasa nak bagi jer se buah tangan. Kalau mereka nak menghina orang lain tak pe lagi, tapi nie ulamak bro, jangan main-main, doa beliau tersangat dimakbulkan Allah. Tambahan pula beliau antara orang yang dizalimi, doa orang yang dizalimi ni tersangat dimakbulkan Allah.
Ana tak dapat bayangkan, zaman sekarang orang mencaci, menghina, menuduh yang bukan-bukan kepada ulamak yang ingin membawa Islam, mereka yang ingin menegakkan agama Islam. Imbas kembali zaman nabi saw, baginda juga dicaci, dihina, dituduh sebagai ahli sihir, dikatakan ahli seks dan lain-lain.
Allah. Menangis hati ini melihat mereka yang disayangi Allah seringkali diuji sehebat itu semata-mata untuk memastikan Islam tertegak di bumi ini.
Sedangkan aku disini...
Apa yang telah ku sumbangkan untuk ISLAM..??
No comments:
Post a Comment