KRITERIA BERTUDUNG LABUH : Tidak TERTUMPU kepada aliran
agama sahaja,. Sesiapa boleh memakainya. (^_^)
“Awak ambik kos pendidikan Islam...”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya program KAUNSELING la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka
yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung
labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak
salahkan ana memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh,
bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh
sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh
kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga
melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan,
agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau
ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih
menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat,
terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria… kan kalau
perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi
perangai…
Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih,
paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah
menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang
menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang
lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya.
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka
ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu
mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak
bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"
Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya
cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari
fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…
Iya walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu
setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada
bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga
masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu
cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur
dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu
lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang
saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya
hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya,
cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik,
sama-sama kita doakan..insyaALLAH.
sekian dariku,
♥♥Tahajjud Chienta Amiera♥♥
♥♥HaNieRa♥♥
P/s : Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH
SWT...Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin :) Semoga Allah memberikan kita
keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir
zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang
terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah..
No comments:
Post a Comment