CARILAH HATIMU DIMANA

Wednesday, March 21, 2012

8 Tahun Dikau Pergi


Ana tertarik dengan sajak dari seorang sahabat...Subhanallah....



Sajak ini saya nukilkan sempena 8 tahun pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin bertemu Ilahi.

Syeikh Ahmad Yassin..
Lahirmu di Askalan membawa erti dalam Islam..
Berkerusi roda tika berumur 12 tahun dek kebengisan musuh yang durjana..
Tapi semangat juangmu terus membakar..

Namamu sering disebut-sebut..
Sebagai pemangkin semangat generasi anak muda..
Dalam membawa panji-panji Islam..

Syeikh Ahmad Yassin..
Sebelum engkau pergi..
Engkau telah melaksanakan suatu tugas yang sangat besar..
Engkau menjadi pemimpin yang yang disayangi rakyat...
Dan menjadi pemimpin digeruni musuhmu..
Engkau berjaya menjadikan rakyat mu untuk tidak bertelingkah sesama mereka..
Engkau mengrekrut pesyarah, doktor, peguam, hartawan demi mencapai tujuanmu..
Iaitu membebaskan Palestin dari si bangsat dunia itu..

Syeikh Ahmad Yassin..
Ujian terhadapmu yang berkerusi roda memang besar..
Dipenjara selama 13 tahun dalam tahanan si durjana..
Engkau disiksa di apa-apa kan..
Namun, engkau setia dalam perjuangan mu..

Syeikh Ahmad Yassin..
Kehebatan mu sungguh terserlah..
Kepimpinan mu sungguh luar biasa..
Teladan mu sungguh menjadi ikutan..
Engkau pernah berkata, "Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah terpisah jasad dan nyawa"..
Ooh, memang patut engkau disayangi rakyat..
Sekarang aku faham..

Syeikh Ahmad Yassin..
Engkau hanya berkerusi roda..
Namun, ketakutan musuh terhadapmu seolah-olah engkau memiliki kuasa yang hebat..
Engkau hanya seorang manusia yang lumpuh, tidak boleh berjalan..
Namun, engkau bisa menitipkan perasan gerun dihati-hati musuhmu..
Tatkala gerun dan takut menguasai musuhmu..
Perancangan membunuhmu yang lumpuh direncanakan..

Syeikh Ahmad Yassin..
Bertarikhkan 22 Mac 2004..
Engkau pergi meninggalkan kami selamanya..
Engkau menghadap tuhan dalam keadaan yang tersenyum gembira..
Tapi..
Cara pemergianmu sungguh menghibakan..
Engkau dibedil dengan peluru berpandu..
Alangkah kejam yang tersangat musuhmu terhadap engkau..
Engkau hanya berkerusi roda..
Namun, pembunuhan ini tersangat sadis terhadap mu yang berkerusi roda..

Syeikh Ahmad Yassin..
Dengan membunuh mu, mereka menyangka sudah melenyapkan mu..
Tapi, mereka salah!!..
Memang jasadmu berjaya dimamah peluru berpandu..
Tapi, roh jihad mu, perjuang mu telah engkau salurkan ke jiwa-jiwa manusia yang mahu membebaskan Palestin..
Ayat Quran menyangkal dakwaan mereka yang mahu membunuhmu dengan alasan mahu melenyapkanmu..
"Dan jangan kamu sangka mereka yang berjuang di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki oleh Allah, sedang kamu tidak menyedarinya."..

Syeikh Ahmad Yassin..
Sekarang, sudah 8 tahun engkau meninggalkan kami..
Tapi, ingatan kami terhadapmu tidak pernah luput..
Engkau mendidik kami untuk terus berjuang..
Engkau mengalirkan kekuatan berjuang kepada kami..
Tanpa punya perasaan penat dan lelah..
Terima kasih wahai Syeikh Ahmad Yassin..

p/s: maaf sebab tak terkeluar bait2 indah, cuma ini yang mampu dipamerkan.

Nukilan dari sahabat seperjuangan....

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU