Hayatilah lagu ini...
Oh muslimahAllah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Wahai muslimah, jagalah dirimu dari menjadi fitnah bagi lelaki, sesungguhnya Allah telah menciptakanmu sebaik2 kejadian, janganlah dirimu menempah neraka sebelum dirimu dicampakkan ke sana di akhirat kelak, tutuplah dirimu dengan pakaian, sebaik2 pakaian adalah pakaian takwa...
Janganlah dibungkus tubuhmu, meskipun kamu telah berjaya membungkus tubuhmu dengan pakaian yang menutup kulitmu, namun ia masih tidak dikira kamu telah menutup auratmu, janganlah dipakai pakaian yang ketat dan padat, kerana pakaian itu hanya dipakai oleh mereka yang ingin menempah tubuhnya ke neraka jahannam..
Rasulullah SAW bersabda:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”-hadith riwayat Ahmad, jil 2, ms 223.
Ingatlah bahawa ;
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini..
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan..
Kita masih bernyawa untuk hari ini adalah untuk bertaubat kepada Allah diatas segala dosa2 yang telah dilakukan, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat hambaNya. DIA menerima taubat hambaNya selagimana nyawa dikandung badan..
wallahua'lam........-_-
No comments:
Post a Comment