CARILAH HATIMU DIMANA

Tuesday, August 9, 2011

Ku Jua Tidak Sempurna





Mungkin perspektif sahabat2 lebih2 lagi muslimin mereka ingat muslimah yang cantik sahaja yang memakai purdah, sebb nak tutup kecantikan wajahnya semata-mata.


Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik.Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Selagi kedua-duanya menutup  aurat,  pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik.

Muslimah berpurdah kerna ingin membantu muslimin menundukkan pandangan mereka, so, pada muslimin, janganlah dianggapkan bahawa muslimah yang memakai berpurdah ni semuanya kerna ingin menutup kecantikan wajahnya. Memang kecantikan seorang wanita hanya untuk suaminya sahaja dan mungkin kerna itu muslimah tersebut berpurdah. Namun mungkin ada muslimah yang mempunyai wajah yang kurang cantik tapi dia memakainya untuk menjaga dirinya dari fitnah dunia yang sedang bermaharajalela didunia akhir zaman ini.

Janganlah dipandang mereka yang berpurdah ini sempurna agamanya, kerna bla kmi khilaf dan terlupa, terlalai melakukan kesalahan, terus kami akan dipandang sehinanya, kami hanya manusia biasa, sedang berusaha untuk membantu muslimin menundukkan pandangan mereka. Janganlah di'usha' kami wahai muslimin, kami tidak selesa dengan ke'usha'an antum. Tolonglah tundukkan pandangan antum .Sebagaimana firman Allah, "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30] Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Kami telah membantu antum untuk menundukkan pandangan antum, jadi terserah pada antum sama ada nak jaga hati antum dari memandang muslimah atau tidak. Kerna tidak dinafikan muslimah yang berpurdah mungkin kelihatan lebih cantik kerna yang kelihatan hanya matanya, namun ketahuilah bahawa mata kami adalah anugerahNya, bila2 masa sahaja DIA boleh tarik balik anugerah ini.

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari r.a. berkata:
"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."

Ketahuilah bahawa kami hanya manusia yang masih perlu diberikan tunjuk ajar dari sahabat2 untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri, segala kekhilafan diri mohon sahabat2 yang berukhuwah kerna Allah menegur dan menasihati kami, doakan kami semoga kami istiqomah dengan segala yang sedang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan mardhotillah...


“Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah s.w.t, Allah s.w.t telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 35)

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU