Suaminya memandang muka Isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
...
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”^_^ Subhanallah......
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
(An Nuur : 26)
Perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah menggalakkan manusia untuk berkahwin seawal mungkin setelah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab selari dengan firman Allah:
“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur: 32)
Janji Allah untuk menolong hambaNya seperti yang disebut dalam sebuah hadis:
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
(hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
Pertolongan Allah ini juga akan hadir apabila pemuda/pemudi tidak lari dari tanggungjawab dakwah dan jihad; dalam satu firmanNya seperti di bawah:
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
(Muhammad : 7)
“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.
(Al Baqarah : 214)
No comments:
Post a Comment