Siapakah Si DIA...??
Allah lah Si DIA....
Tau x knp Allah pun nk cemburu??
Allah cemburu tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya...Dia yang menciptakan kita, sudah tentulah Dia cemburu apabila melihat kita melebihkan si dia daripadaNya..begitu jugak dengan mak ayah kita, ble tgk kite melebihkan kawan daripadanya, tentu dia kecik hati kan...kita pon, bile tgk sahabat karib kite kluar ngn orang lain tanpa ajak kita, tentu kite pom cemburu...so,,Allah lebih lah cemburu terhadap kita bila kita melebihkan orang lain daripadaNya....
Camne lak lau kite tak amek kisah dengan kecemburuan Allah??
Bile kite tak amek kisah ngn kecemburuan Allah, terus mengagung2kan si dia daripada DIA...bimbang DIA akan meninggalkan kita nti. Bimbang kita akan terpesong dari jalan hidayahNya, terpesong dari jalanNya yang lurus, jalan yang diredhai. Apabila Allah memisahkan kita daripada kebaikan2, dan membiarkan kite terus merasai kelazatan dalam melakukan maksiat bersama si dia, maka apa ertinya hidup kita ini??
Apa itu maksiat??
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,
ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud).
ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Jagalah hatimu dari mengingati si dia yang TIDAK HALAL bagimu. Janganlah merendahkan martabatmu sebelum dirimu menjadi isteri buat suamimu, nanti kelak, tiada keistimewaan dirimu buat suamimu nanti..Adakah ade seorang lelaki yang baik yang menginginkan isterinya adalah 'bekas' orang lain, dan dimanakah keistimewaan suamimu nanti yang jika mengetahui bahawa dirimu pernah memberikan hatimu kepada orang lain sebelum dirinya..? Sentiasalah memuhasabahkan diri untuk sentiasa mengingati ILLAHI, pemilik cinta abadi...
Anda jer ker yang mempunyai perasaan ini???
Yer, memang fitrah yang lelaki akan tertarik dengan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun, setiap fitrah ada peraturannya. Wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan??
Sanggupkan dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Sahabatku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabiah, dan orang2 soleh. Mereka juga mempunyai perasaan cinta kerna ia adalah fitrah. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula dengan kita?Nak dengar cite x............?
Ibu al Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al Muhibbin tentang kisahSayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali. "Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya".
Dengan penuh cemburu, Sayidina Ali berkata: "Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?"
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir: "Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda."
Cite ni bukti bahawa puteri baginda juga pernah menyimpan perasaan cinta terhadap Sayidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.
Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat cinta tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, merancang ingin berdating di bawah pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya...(ni zaman nabi2 dulu...tp lau skrg)...duk msg2 smpy tghmalam, duk gayut smpy abis RM10 semalaman...(isk3)..xpun, duk date kat kafe ker...kat restoran kaa..makan2 sama2...saling mengadap antara satu sama lain smbil mata merenung si dia....dan....dot dot dot....(guane tu)...emm....
Begitu juga Sayidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah...wahai sahabat muslimahku...adakah kamu mempercayai si dia lebih daripada kamu mempercayai kata2 Tuhanmu?
'Bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya...'.
Adakah kelakuan yang dilakukan, janji-janji manisnya itu boleh digolongkan dalam kalangan orang2 yang baik??...muhasabahlah balik wahai muslimatku sayang...
Berbalik balik pada kisah Sayidina Ali tadi, adakah pernah dia memberikan kata-kata manis, janji-janji untuk setia kepada Sayidina Fatimah sebelum menikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika dia tidak membina kualiti diri?
Sentiasalah memuhasabahkan dirimu wahai Muslimatku sayang......
Kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?...sama2 kita bermuhasabah balik adakah kita tergolong dalam kalangan wanita yang baik yang akan dijodohkan oleh Allah dengan lelaki yang baik....??
Sumber dari ; Solusi ISU No 28....selamat beramal~ ^_^
No comments:
Post a Comment