Wahai saudariku
Jangan kau dedahkan auratmu
kerana ia satu penghinaan pada
dirimu di dunia dan di akhirat..
"Membukanya adalah mudah, menutupnya payah,
Namun membukanya berdosa, menjaganya bermaruah dan selamat."
wanita biasanya disinonimkan dengan perasaan malu...pabila seseorang gadis itu hilang rasa malunya, maka dy boley buat apa sahaja tanpa rasa bersalah pon pabila melakukannya...kan...malu dan iman dy duk skali...bile Allah cabut perasaan malu, so, dimana iman kita??
Tentang kesejajaran malu dan iman dipertegas lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya, "Malu dan iman keduanya sejajar bersama, ketika salah satu dari keduanya diangkat maka yang lainnya pun ikut terangkat." (Hadits Riwayat Hakim dan Ibnu Umar)
"Sesungguhnya orang yang paling malu adalah Rasulullah..
Daripada Abu Said al-Khudri katanya: “Rasulullah Salawatu Alai Wasalam adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda.” (Riwayat Muslim)
ingat malu, ingatlah Rasulullah, ingat baginda, ingatlah sunnahnya............
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
"Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, ssungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak darinya...' (An-Nur: 30-31)
Wahai muslimat ku sayang...jom kita bersama membantu kaum muslimin menundukkan pandangan mereka...tapi...lau kite yg menunjukkan perhiasan kite pade mereka, camne muslimin nk tundukkan pandangan mereka?? Jangan lupe, nafsu mereka satu shj iaitu wanita!!..
Wahai muslimatku sayang...janganlah menjadi penyebab seorang muslimin masuk neraka...!
Ana nak tanyer bbrpa soklan leh???
em, nk tanyer pada sape kamu nk tunjuk kecantikan kamu? yela, duk bermake-up berjam2, pakai bju berkilat2 menarik perhatian org, bju xcukup kain,,,pakai tudung tp nmpk rambut???...
pakai tudung tp ade bonggol kat belakang???....astaghfirullah....pelik2 gak fesyen muda mudi skrg neh...em,korg tau kan pakai tudung ade bonggol tu antara kaum yang dilaknat oleh Allah...xtakut kaa??...ana pn xtau nk ckp, smada ummat Islam skrg betul2 jahil atau buat2 jahil.....-_-
berbalik pada soklan td, pade sape ea kamu tunjuk perhiasanmu??duk bukaq sane, bukaq sini,,,mestilah jawapannya pada lelaki kan??...tol x??lau bukan pada laki pom, mesti nk tunjuk kat muslimat lain bhw dy yg paling cantik...kan...??..
emm..pastu, lau betol nk tunjuk kat laki...nti ble si laki 2 da tertarik dengan kamu, leh x lau dy nk pegang...yer laa,,,kan kate nk tunjuk kat laki,,so,,leh laa dy pegang kan??..
"mane boley...tu kira cam gangguan seksual laa oii"...
haha...tau pom gangguan seksual...yg ko pi tunjuk2 badan2 ko tu kat kaum adam ni apehal??ko tau2 jela nafsu laki ni lain sket...maklomlah...nafsu deme satu jah....>>>iaitu WANITA...tau kan...
em...ce kome bayangkan...seekor kucing...lau diacah2 ikan segar bugar...mestilah dy akan terkam ikan tu dan muke org yg mengacah jugak kan...so...pikir2 laa yerr...
Dengan kata lain seseorang yang kehilangan sifat malunya yang tersisa dalam dirinya hanyalah keburukan. Buruk dalam ucapan, buruk dalam perangai. Tidak bisa kita bayangkan jika dari mulut muslimah keluar kata² kotor lagi kasar. Bertingkah dengan penampilan seronok dan bermuka tebal. Tentu bagi dia surga jauh. Kata Nabi, "Malu adalah bagian dari iman dan keimanan itu berada di surga. Ucapan yang jorok berasal dari akhlak yang buruk dan akhlak yang buruk tempatnya dineraka." (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr Was Shilah, Hadits nomor 1932)
Abdullah Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah Salawatu Alai Wasalam bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia malu kepada Allah dengan sepenuh malu.”
wallahua'lam......
skali lg ana nk tekankan, malu ngn iman dy duk skali, lau xde malu, mane iman dihati kita??
Dan dalam Quran Allah sebut "Wahai orang yang beriman"...Allah x sebut "Wahai orang Islam"..kan...knp???sebb bukan sumer orang Islam yang beriman, tp orang beriman adalah orang Islam...
Renung2kanlah, adakah kiter termasuk dikalangan orang yang beriman, munafik ataw fasiq waiyazubillah....
Read more at: Sifat malu Rasulullah kepada tuhan wajar dicontohi http://sepaku.net/nur-addin/8327-sifat-malu-rasulullah-kepada-tuhan-wajar-dicontohi.html#ixzz1MxYlpIob
No comments:
Post a Comment