CARILAH HATIMU DIMANA

Friday, April 27, 2012

Orang Yg Berjuang Sentiasa Diuji?

Ujian Allah tanda kasih sayangNYA. Tapi camne pulak dengan mereka yang tidak diuji? Adakah kasih sayang Allah kpdnya??

Setiap orang akan diuji, mengikut kemampuan diri mereka.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al Baqarah: 284-286)

Kekadang terlintas di hati, bile melihat ujian ke atas mereka di sekeliling kite, sungguh besar ujian terhadap mereka. Dan terlintas difikiran, kenapa Allah tak uji aku sebagaimana Allah menguji mereka?

Biasanya, orang yang baik-baik, Allah uji mereka dengan penyakit yang agak serius, yang leh bawak maut. Tapi sebaliknya mereka yang selalu bergelumang ngan dosa dan maksiat, Allah berikan kesihatan kepada mereka, sehinggakan mereka lupa untuk menggunakan nikmat sihat untuk beribadah kepadaNya.

Allah, dua nikmat terbesar yang selalu manusia dan tak terkecuali ana sendiri terlalai darinya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang. Dua nikmat ini sungguh besar nilainya bile kite sedar akan kehilangannya.

"Biasalah orang sedang berjuang, akan sentiasa diuji"

Terlintas dihati, aku tak pernah diuji sebagaimana dia diuji. Mungkin aku tidak semampu itu untuk diuji. Allah lebih mengetahui kemampuan aku berbanding diriku sendiri. Yer, Dia Maha Mengetahui segala-galanya.

Teringat ana akan kisah seorang sahabat baginda yang menangis kerana tidak diberikan ujian kesihatan pada suatu hari kerana menyangka bahawa Allah tidak menyayanginya.

Subhanallah, iman para sahabat pada zaman dulu sungguh tebal jika dibandingkan dengan iman manusia diakhir zaman, yang hanya setebal kulit bawang.

Mereka mengganggap sehari jika tidak diuji, seperti mereka dipinggirkan, dilupakan Allah, namun kita? Sehari diuji, mengganggap Allah tak sayangkan kita.

Kenapa Allah uji aku? Allah tak sayangkan aku ker...? dan bla3 ag... Macam2 dialog yang dicipta bile ditimpa ujian.

Banyak sangat bentuk2 ujian yang diberi Allah untuk menguji sejauh mane tahap keimanan seseorang hamba itu, berapa peratuskah ketebalan iman mereka.

Antaranya diuji soal hati, soal harta, soal persahabatan, soal rumahtangga, soal belajar, dan pelbagai lagi. Tapi bagi ana, ujian yang paling berat ujian soal hati, sebab soal hati orang lain tak tahu, hanya kite dan Allah jer yang tahu.

Memohon hanya padaNya :~
Ya muqollibal Qulub, thabbit qulubana a'la diinik waa'la thoa'tik...
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu"

Dikesempatan ini ana ingin menukilkan pesanan dari sahabat ana tentang ujian ini>>

"Kadang-kadang kita dibiarkan sendirian menghadapi masalah adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan kita dan bagaimana kepercayaan kita pada pertolongan Allah"
Yakin pada Allah.

Ingatlah Allah sentiasa bersama kita, apabila diri diuji, sentiasa bisikan pada hati, "Allah uji tanda kasih sayang Allah padaku". Inilah ubat paling mujarab yang pernah ana gune.

Buat sahabat2 yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita, dan yakinlah kepadaNya juga pada kasih sayangNya kpd kite.

^___________^



No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU