“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Wednesday, November 17, 2010
MAAF,WAJAHMU BUKAN UTK TONTONAN UMUM
Suatu kisah kisah belaka. Seorang pemuda dalam pencarian, mencari pemilik rusuk kirinya. Sudah bertahun bersendirian kemudian muncullah calon yang entah ke berapa. Seperti biasa diusulkan kepada emak tersayang.
Bukan calang-calang calon yang diusulkan. Lulusan universiti Timur Tengah. Demi menghormati permintaan si anak yang mahu pendamping solehah. Sejuk mata memandang, bertudung labuh litup, pandai berbahasa Arab. Pendek kata tip top!
Hampir berminggu si pemuda itu mulakan istikharah.Setelah meneliti gambar dan mula mencari maklumat sebelum sesi taaruf bermula. Si pemuda menjenguk ke web laman Friendster kegemaran ramai ketika itu.
Satu keajaiban kerana si lelaki yang tidak pernah punya web sedemikian itu tiba-tiba tergamam. Si gadis masih anggun bertudung labuh litup. Namun, bergambar sakan. Aduh!
Terkejut bukan kepalang. Calon solehah direject tanpa ihsan kerana gambar ditayang dengan penuh sakan. Pemilihan terbatal. Dia pernah berkata perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipandang. Perempuan cantik itu tidak mengenali dan tidak dikenali. Perempuan cantik itu tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya solehah kempunan calon soleh. Merayu untuk dipertimbangkan tapi sayang sekali si pemuda tetap tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment