5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki
Wanita
adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan
tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special
dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa.
Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah
SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan
apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.
Namun
Akhi, Ukhti, wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat
oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang
lelaki. Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke
dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi. Dalam
sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 : ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.
Kali ini
InsyaAllah akuislam.com akan mengulas pendapat beberapa ulama mengenai
kelebihan wanita yang dijadikan senjata oleh syaitan untuk mencairkan
hati seorang lelaki. Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk
merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling
mengingatkan. Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau
perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah
untuk masuk. Tapi kan kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan
lebih baik bagi kita semua. Betul?
Bila
syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia
akan menyesatkan kita dengan kebaikan. Syaitan tidak akan pernah rela
jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa
diganggu. Naudzubillahi min dzalik.
Apa kekuatan wanita yang pertama?
Air Mata.
Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk
meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan
hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang
prinsip-prinsip kehidupan. Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih
kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya
sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa
kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Menangis
adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis.
Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga
mengeluarkan titis-titis air mata. Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika
ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja
apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan
laknatullah.
Buat
lelaki, waspadalah terhadap syaitan. Cuba bayangkan, kalau ada perempuan
memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana
sikap kita? Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan
pengurusan hati yang tepat.
Yang kedua,
Yang kedua
adalah senyuman. Senyuman wanita itu salah satu yang sangat mudah
dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang
lelaki. Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.
Yang Ketiga,
Yang
ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan
lelaki. Suara wanita itu lebih lembut daripada lelaki. Perkara itu
juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi
kalau wanita itu sengaja membuat nada manja
Berbicaralah
yang tegas! Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda.
Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah
SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki.
Suara wanita itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki.
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.
Yang Keempat,
Berhias.
Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi wanita yang memakai
wangian. Rasulullah berkata bahawa barang siapa (wanita) yang memakai
wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang (laki-laki) sehingga
sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina.
Naudzubillahi min dzalik..
tetapi memakai wangian tidaklah salah. anda semua boleh rujuk diSINI
Yang terakhir,
kecerdasan. Ini yang paling berbahaya atau paling sukar untuk dihindari.
Wanita yang cerdas seringkali dijadikan senjata yang sangat ampuh untuk
meluluhkan hati seorang lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau
rupa dari si perempuan itu, tapi kecerdasannya, cara berbicara serta
topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau sudah satu fikrah, satu
persepsi fikiran yang sama. Makanya, syaitan paling sering menggunakan
kelebihan wanita yang satu ini.
Jalan
keluarnya bagaimana? Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua
caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang
perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan,
Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan
lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat
muslim. Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.
Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…
No comments:
Post a Comment