CARILAH HATIMU DIMANA

Monday, October 10, 2011

~Kegelisahan Musim Final~


‘Assalamualaikum mama..’

‘Waalaikummussalam, ngah pe kabar? Chat ke? Da makan?’…bertubi2 soklan mama.

‘Em, Alhamdulillah, chat je ma’, jawab ku cam tak bermaya jer.

‘Ma, minggu depan exam final’.

Ku maklumkan pada mama walaupun ku telah beritahunya sebelum ni. Sebenarnya hatiku resah gelisah, itulah sebabnya ku menelefon mama, walaupun ku tahu kreditku tinggal beberapa ringgit je lagi, tapi ku rasakan, dengan mendengar suara keramat ibuku dapat menenangkan hati gelisah ini.

‘Oh, yeke, mama da doakan selalu, semoga kak ngah dipermudahkan segala urusan’, kata2 keramat ibuku.

‘Em, ma, banyaknyer yang kene hafal,’ rungutku. Hanya pada mama jer yang aku boleh luahkan ketidak selesaan ku. Ya Allah, berilah daku kekuatan untuk menghafal madah-madah yang telah diamanahkan untukku sem ni.

‘La, biasela tu, org lain pom kene hafal banyak jugak, tapi beze kak ngah dengan orang lain, kak ngah hafal madah agama, orang lain hafal subjek bukan agama. Jadi, sape yang lebih baik? Mestilah yang hafal madah agama lbh baik kan,’ tazkirah pendek dari mama.

Pemikiran tertutupku tetiba terbuka sedikit, hehe, terasa betul jugak ape yang mama kate kan. Inilah kelebihannyer meluah pada mama, ade saje kate2 bernas dari ibuku tersayang, hehe. Barulah hati terasa lega cket, walaupun masih terdapat kekusutan di hati akibat masih terdapat masalah yg aku sendiri xtau nk selesaikan mcmmana, tapi xpela, redhakan shj.

‘Mama, sebenarnyer, emmm, xpela, mama da makan?’ dalih ku. Ku tak pandai nak meluah lebih2, perkara yang terlalu peribadi terpaksa ku simpan dihati ini, biarlah Allah je yg tahu. Tapi ku tahu, naluri seorang ibu dapat membaca ape yang aku ingin perkatakan, tapi mama simpan je. Kononnya nk suh aku yg cakap sendiri... isk3, mama…mama…

‘Mama doakan kak ngah yer, semoga dapat buat yang terbaik tuk sem ni, semoga mendapat kejayaan disetiap peperiksaan, didunia dan diakhirat,’ujurku bersungguh-sungguh.

‘Insyaallah, mama selalu doakan tuk anak-anak mama, semoga berjaya dunia akhirat.’

‘Insyaallah, aminnnn’. ^_^

Teringat pulak aku pada mesej adekku yang baru habis exam minggu lepas. Huhu, terasa kecemburuan jugak di hati ble tau adekku daa habis exam. Tapi apakan daya.

‘Fi, doakan ore deh, minggu depe exam final,’ ujurku suatu pagi.
‘Ore ni kade-kade lemoh semangat cket bilo time-time gni neh.’

‘Ok, kakngah mampu berjaya.’
Kata-kata ni masihku simpan dalam inbox hpku. Huhu, terasa terharu pulak bile adek aku kate gtu.

Ya Allah, malam tuh hatiku masih runsing, resah gelisah. Nak study pom xtenang, kenapa hati ini, Ya Allah, ampunilah kegelisahan hati ini, tiada daya upaya untukku melawan kegelisahan ini.

Tetiba ku teringat kan mesej sahabat kesayanganku, Ain, dia mesej petang tadi bertanyakan khabarku. Sebelum ni aku ade anta mesej kata buatnya, dy pelik dengan kate2 yg aku sendkan kpdnya.

‘Kenapa kak ifah anta mesej gtu?akk sihat ke?’ mesej ain ptg tadi yang aku tak terbalas.

‘Salam ain, Alhamdulillah, akk sihat je ain, akk ok je, cume ade masalah cket, ain doakan akk kuat yer. Dah la nak exam minggu depan, doakan akk ye ain,’ taipku dalam mesej tuk di send kan kpdnya.

‘Akk sabar yer, time2 exam memang dtg macam2 dugaan, ujian, tuk menguji kesabaran kite.’

Selepas ku membalas mesej ain, selang beberapa minit, masuk lagi mesej dalam inbox hpku..

‘Ya Rabbi, Kau jauhkanlah sahabatku dari sifat kemalasan, Kau hilangkanlah k.ifah sikap putus asa, kurniakanlah k.ifah roh semangat untuk menuntut ilmuMu, Ya Allah, Kau permudahkanlah dia untuk menghadapi imtihannya Ya Allah, aku pohon kepadamu Ya Robbul ‘Izzati, dengan rahmatMu, perkenankanlah doa hambaMu ini…Ameen..Selamat study ..buat yang terbaik tuk exam, bittaufiq wannajah..’ petikan mesej dari ain.

Subhanallah, airmataku hampir2 menitik, begitu mulianya hati seorang sahabat yg mendoakan untuk sahabatnya yang dalam kesusahan hatinya. Ya Allah, kabulkanlah doanya, eratkanlah hubungan ini Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan dalam perhubungan ini Ya Allah, ku ingin sentiasa bersama dengan sahabatku ini di dunia dan di akhirat jua di syurgaMu….ameen Ya Rabbi…-__-

Ya Allah, berkatilah ilmu yang telah Engkau curahkan kepada hambaMu yang faqir ini, ku tahu, ilmu yang ku tadahi itu hanyalah setitis dari ilmuMu yang Maha Luas itu. Engkau berkatilah Ya Allah, jika tidak Kau berkati dan Rahmatinya, nescaya tidak kan ku meraih kejayaannya meskipun aku telah berusaha keras mentelaahnya, kerna tanpa Rahmat dan Kasih SayangMu, ku bukan siapa-siapa di dunia ini…-__-


No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU