Alhamdulillah, bersyukur sgt kerna dengan izinNya rohani ana terisi dengan sedikit pengisian. Meskipun sebentar, namun ia cukup bermakna untuk makanan rohani ana. Hati ini pabila tidak diisi dengan makanan rohani, terasa hati tidak sempurna, terasa ada kekosongan yang memerlukan pengisian. Hati terasa tidak tenteram kerna rohaniku sedang dalam kelaparan. Alhamdulillah, ana dapat dari Surau Saodah.
Disini ana nak kongsi sedikit ape yang ana dapat dari pengisian tadi, insyaallah lain kali kite boleh sama2 ajak sahabat2 bersama mengimarahkan lagi surau2 kita, insyaallah.
Kalau bukan kerna kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun diantara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita, kita diantara insan yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayah olehNya untuk menjaga segala batasan2 yang telah disyariatkan. Namun, masih ramai masyarakat diluar sana yang masih bergelumang dengan dosa noda, masih tidak lagi dikurniakan hidayah untuk kembali dijalanNya. Kalau nak tengok pada konteks masyarakat ni cam jauh sangat kan, kite tengok dalam kampus kite jelaa. Semakin hari, semakin ramai students yang sudah berani untuk mendedahkan aurat mereka. Sekarang ni bukan masalah tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi masalah tidak menutup aurat. Ada yang memakai baju lengan pendek, ke kafe, tanpa rasa sedikit perasaan malu malah berbangga pulak.
Lepas balik dari pengajian, Allah terus nak menguji ana, dalam perjalanan ke blok asrama, terserempak dengan sekumpulan adek2 sem1. Salah seorang daripada mereka memakai baju berlengan pendek, ade yg pakai baju lengan pendek dgn handsock, ada yang hanya memakai selendang tanpa anak tudung. Beristighfar panjang hati ana. Sambil2 usha mereka, ana fikir camne nak tegur adek2 ni. Ya Allah, terasa lemahnya iman bile berhadapan dengan kemungkaran. Yang termampu ana lakukan hanya berjihad dengan hati. Sedih sangat2, lemah sangat kah imanku ini. Nak tegur adek2 pun berat. Inikan pula jika berhadapan dengan masyarakat diluar sana yang pelbagai kerenah maksiatnya.
"Adek, lain kali pakai baju lengan panjang yer"..(berat sangatkah untuk diungkapkan kata-kata ini?)
Betapa susahnya untuk menjaga hati ini. Mereka yang memakai jubah, yang pakai tudung labuh, yang pakai niqob pun tidak semestinya bersih hatinya. Maksiat berleluasa di merata2, disetiap sudut, setiap tempat. Berbahagialah bagi mereka yang bermujahadah berusaha untuk menjaga hati mereka, yang berusaha membersihkan hatinya sedaya upaya dari dosa walau setitik dalam hatinya. Dari mata turun ke hati, so, jika ingin menjaga hati, maka jagalah matamu duhai sahabat. Dosa mata menyebabkan kita tidak dapat menghadirkan hati kita untuk mendapatkan khusyuk didalam solat kita. Lau solat tidak khusyuk, agak2nyer Allah nk terima ke tak solat kite???
Bersama bermuhasabah diri samada hati kite bersih atau tidak.........-_-
No comments:
Post a Comment