CARILAH HATIMU DIMANA

Friday, April 1, 2011

kain kecil di mukaku...

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah dengan istiqamah.

Ana berdialog pada diri sendiri:
“ kalau kau pakai ni, agak-agak sebab apa kau pakai?”
“ Kalau aku pakai ni, aku nak tutup wajah aku dari pandangan lelaki”
“ Kerana lelaki ke kau pakai ni?”
“ Untuk dikenali sebagai perempuan baik baik.”
“ Kerana ingin menunjuk diri kau baik2?”
“ Jadi kerana apa?”
“ Ingat lagi tak buku mutabaah amal wanita dari Dr Nor? Memberati aurat kerana
ALLAH, maka perbetulkanlah niat kau. Bukan lah niat awal kau tadi tak betul, Cuma perindahkanlah dengan niat utama…”

Jadi telah ana tekankan dalam jiwa, pakai kerana ALLAH, hanya itu alasan yang ana dapat bagi pada sesiapa yang bertanya kerana ana tidak ada alas an lain. Cukuplah ALLAH sebagai pembantu. Dalam rangka mencari cinta ALLAH, ana kuatkan diri mencuba pemakaian purdah.

Semenjak ana memakai purdah, ana rasa sesuatu yang berlainan dalam jiwa ana, ana rasa lebih selamat, lebih terlindung, ana lebih menjaga pandangan, ana lebih diam dari berbicara, ana lebih pemalu dari sebelumnya, dan ana tidak mudah lagi memandang lelaki yang bukan muhrim. Apabila memakai purdah, ana ingatkan lagi perintah ALLAH supaya tundukkan pandangan, dengan pemakaian purdah ni ana dapat menjaga pandangan. Alhamdulillah. Malah ana lihat lelaki tidak lagi menganggu ana berbanding wanita yang tidak menutup aurat mereka (tidak bertudung) . Malahan ana rasa lebih dekat dengan ALLAH, rasa sangat dekat dengan ALLAH, rasa macam ALLAH sedang memeluk jiwa ana.

Siapa yang tidak bersetuju?

Ibu adalah orang pertama yang mengangkat tangan membantah ana memakai niqab. Ibu kata, tiada di antara sahabat perjiranan kita yang pakai. Ana tersenyum. Ana tahu ibu bimbangkan persepsi masyarakat pada Ana. Apa yang akan mereka katakan nanti. Namun ibu tahu apa yang anaknya rasa. Ana terangkan satu persatu pemahaman, bahawa niqab ni untuk semua wanita islam. bukan adat tapi adab berpakaian bagi ana. Hati seorang ibu, pasti faham. Setelah berita pengharam Burqa purdah dan yang sewaktu dengannya di Perancis dan beberapa Negara islam, ibu risau peluang pengajian ana tersekat. Apatah lagi baru baru ini ana lihat berita larangan memakai purdah di Kolej tempatan. MasyaALLAH terkedu ana, malahan kolej islam. Kalau ada kes pun sebelum ni, hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Apapun Rezeki pengajian di tangan ALLAH yang maha esa.



Pertama kali pakai:

Pada mulanya ana pakai hanya kerana terikut ikut dengan Ukhti yang berbicara dengan ana, tapi hidayah ALLAH, ana menjadi serius memakainya. Sangat berbeza rasanya memakai kerana ingin menunjuk-nunjuk dan memakai kerana ALLAH.(berdasarkan tinjauan sahabat)

Sehinggalah suatu hari, selepas solat maghrib di tahiyat akhir, ana rasa sedih, ana rasa ana jauh dari ALLAH, namun ana tidak tahu kenapa. Bukanlah ana tidak menjalankan kewajipan, tetapi ada sesuatu yang menganggu jiwa ana. Taipan muka depan sebuah majalah yang baru petang tadi ana beli berlegar legar di ruang fikiran ana.

“ Carilah sepenuh hati, ALLAH perkenal diri dalam Al-Quran.”
Zikir di bibir ana berterusan, Ana tidak mahu berhenti selagi ana tidak menemui apa yang tertusuk dijiwa ana sehingga air mata mengalir bak sungai yang deras tidak berhenti.
Ana lantunkan bicara buat ALLAH.
“ Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini, hambamu yang hina ini ingin berbicara denganmu.. Ya Allah, aku mohon ya ALLAH, tenangkanlah hati ini dengan jawapan daripadaMu ya ALLAH.. Ampunkanlah dosaku kerana tenggelam dalam duniawi, tidak menimbulkan diri di hadapanMu.. Ampunkanlah aku Ya ALLAH..”

Jawapan ALLAH benar-benar muncul: ayat yang telah ana baca berulang-ulang kali dalam persoalan purdah kini tersemat di dalam jiwa:

“Wahai nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri istri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” Yang demikian itu agar mereka lebih muda untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. (Al ahzab : 59)


Air mata ana kian mengalir. Hati berasa sangat sayu. Rupa-rupanya ana tertinggal sesuatu, Cinta yang ana cari melalui Purdah ana. Kalau sebelum ni, ana Cuma pakai di tempat dimana ana rasa fitnah terjadi, dan membuka wajah di tempat-tempat yang ana rasa selamat dan bersama dengan orang yang ana rasa selamat sahaja. Ana buat sebuah keputusan. Ana harus istiqamah. Istiqamah. Wajah Ukhti sahabat ana di Pengajian bermain di minda. Istiqamah.

Ana bertekad. Kerana ALLAH, ana pakai. Hanya kerana ALLAH. Bukan kerana lelaki, menunjuk nunjuk, atau ada yang lain, tapi hanya kerana ALLAH.

Siapa sahaja yang boleh melihat wajah ana?

mahram ana.

Ana harap jodoh yang ditentukan ALLAH untuk ana kelak tidak melarang ana memakai purdah, dan membimbing ana istiqamah dijalanNya. Jadi bila dilaman sesawang pun, ana akan pastikan batas batasnya. Bila di beritahukan pendirian ana ini pada seorang sahabat banyak pula hujahnya yang keluar. Ana berkata, islam itu sangat indah, memelihara wanita, menyuruh lelaki dan wanita yang beriman menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Maka ana harap dengan menghijab diri, ana dapat membantu kaum adam menundukkan pandangan. Malah ana malu dengan ALLAH, apabila terjumpa dengan hadis RasulNya.

Nabi s.a.w., Bersabda: "Saya telah menjenguk ke dalam syurga, maka saya melihat bahawa sebahagian besar penghuninya adalah orang yg faqir dan saya juga telah menjenguk dalam neraka, maka saya melihat bahwa sebagian besar penghuninya adalah para wanita." (Muttafaqun 'alaih dari riwayat Ibnu Abbas.)

Ketika anaknya fatimah r.a bertanya, siapakah wanita malang yang dilihatnya dalam neraka ketika di isra' mi'raj..Rasulullah menjawab antaranya ialah:
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenal...kan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain."
“Adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya' (riwayat muslim)

Hampir sahaja air mata wanita ana gugur di hadapan sahabat tadi. Ana tersenyum. Entah mengapa hujah ana berhasil. Alhamdulillah.Walaupun ana mengetahui ramai di kalangan muslimah berpurdah meletakkan gambar2 mereka di FB, serta di lain lain tempat yang wujud lelaki ajnabi, ana pasti setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat. Ana tidak menyalahkan mereka kerana mereka pasti boleh berfikir dengan baik. InsyaALLAH.

Nasihat ana buat mereka yang ingin berniqab:
Pakailah niqab dengan istiqamah, mudah-mudahan ALLAH lindungi kita dari pandangan syaitan dari sisi insan.
Perbetulkan niatmu, pakailah hanya kerana ALLAH bertujuan mengelakkan fitnah di dunia ini.
Yang elok dijadikan iktibar dan pengajaran, yang tidak elok dijadikan tauladan.
Segala khilaf mohon dimaafi.Sekadar pengisian mengenai purdah (duduk bersama-sama wanita bukan islam yang memandang ana pelik , cuma meberi penjelasan sedikit)
Wallahualam.

~cerita dari sahabat buat sahabat~

2 comments:

  1. semoga sahabat tersebut terus istiqamah dalam pemakaiaan purdah

    ReplyDelete
  2. insyaallah...aminn...dan bagi yang ade niat untuk memakainya, semoga diberikan kekuatan untuk istiqomah dengannya....

    ReplyDelete


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU