CARILAH HATIMU DIMANA

Sunday, February 10, 2013

Takut Nanti Riak


Salamun alaik buat sahabat blogger..

Sungguh ana terkesan bila membaca post sahabat FB....
...............

Teringat satu pertanyaan yang diajukan oleh seorang peserta, "akak, saya teringin sangat nak pakai tudung labuh dan berniqab tetapi saya takut akan riak nanti".

Saya senyum disebalik niqab dan mulakan bicara, "ada yang pernah berkata, seseorang itu tidak akan merasai manisnya dalam melakukan ibadat dan kebaikan melainkan dia pernah merasai berbuat dosa".

Belum saya habis bicara, matanya mula berair. Saya diam seketika dan kembali menyambung kata. "Seseorang itu juga tidak akan merasai perasaan ikhlas melainkan pernah merasai perasaan riak".

Saya tidak meneruskan kata dan membiarkan dia melayan perasaan sediri. Setiap manusia biasa pernah melakukan dosa. Bersyukur dalam hati kerana dirinya mampu berhijrah ke arah lebih baik.

Yakinlah...apabila hati sudah berniat mahu berubah kearah kebaikan, Allah akan hantar insan yang baik-baik untuk membimbing dan membantu kita ♥

Ukhuwah & dakwah, mesti bersatu :)


................



 Sungguh ana setuju dengan kata-kata sahabat ini, :)




Thursday, January 3, 2013

:: Jodoh Dengan ________ ::


Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, "Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu umi kata,

"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, ataaaau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"

Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.

Oh,
jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..

Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.

Lalu umi sambung,
"jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

Muhasabah.

Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~

*pukul kepala guna hammer!*

Baiklah,
mari. Kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong. InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah.


*kopi pasta*

Friday, December 28, 2012

Pesanan buat Muslimah

5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki

Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.

Namun Akhi, Ukhti, wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki. Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi. Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 : ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.

Kali ini InsyaAllah akuislam.com akan mengulas pendapat beberapa ulama mengenai kelebihan wanita  yang dijadikan senjata oleh syaitan untuk mencairkan hati seorang lelaki. Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan. Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah untuk masuk. Tapi kan kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul?

Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita dengan kebaikan.  Syaitan tidak akan pernah rela jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu. Naudzubillahi min dzalik.

Apa kekuatan wanita yang pertama?

Air Mata. Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?

Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata. Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.

Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan. Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita? Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.

Yang kedua,
Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki. Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.

Yang Ketiga,
Yang ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja
Berbicaralah yang tegas! Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki. 
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.

Yang Keempat, 
Berhias. Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian. Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..
tetapi memakai wangian tidaklah salah. anda semua boleh rujuk diSINI

Yang terakhir,
kecerdasan. Ini yang paling berbahaya atau paling sukar untuk dihindari. Wanita yang cerdas seringkali dijadikan senjata yang sangat ampuh untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau rupa dari si perempuan itu, tapi kecerdasannya, cara berbicara serta topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau sudah satu fikrah, satu persepsi fikiran yang sama. Makanya, syaitan paling sering menggunakan kelebihan wanita yang satu ini.

Jalan keluarnya bagaimana? Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan, Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim. Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.
Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Hati Seorang Wanita

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Wallahualam,

Monday, November 5, 2012

Bercinta Kerana Allah

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif,  Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku, begitu penjelasannya. 

Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam! itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.

Jadi dia masih takut pada Allah? , kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik.  

Apa kabar? 
Bagaimana keadaanmu setelah permergianku, tanya sang gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?  jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?  tanya pemuda lagi.
 Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku..jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU