CARILAH HATIMU DIMANA

Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Oh Wanita



Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana diciptakan sebagai wanita....syukur sangat...:)
untuk para wanita, meh bace sedikit hikmah Allah menjadikan kita sebagai wanita...^^ 
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA...

Friday, March 30, 2012

Luasnyer HaLaL, Sempitnyer HaRaM



Subhanallah, jika diperhatikan pada tajuk entri ana kali ni, sesungguhnya Allah telah mempersempitkan yang haram, dan memperluaskan yang halal...ape pendapat korang ngn statement ana ni??...setuju x??

Asenyer ade yang xdpt tangkap ag kan ape yang ana nak bincangkan utk kali ni. ok, ana cube terangkan setakat yg ana mampu yer..insyaallah

Perhubungan antara lelaki dan perempuan pada asalnya haram, dan perhubungan ini diharuskan ble ade urusan..so, lau kite nk berhubung ngan seorang bukan mahram kite tanpa urusan hukumnyer....>>haram laa kan...?? ni ana petik dr kata2 kk Fatimah Syarha...

Yer ana faham, kite ni manusia biasa, nak disayangi, ingin menyayangi, zaman skrg ni lau xde pakwe makwe dianggap mcm pelik...huhu..ana sendiri pon pernah ditanya beberapa kali oleh cozen ana sebelum ni, dy perempuan ok...

dy tyer ana, ' Tak de pak ker ngah?'....Ana ckp: 'Alhamdulillah, xde..'...dan dy ase pelik ana ckp yg ana xde...huhu...

Alhamdulillah, ana dr dulu smpy skrg, stakat ni xde kawan laki, tp xdinafikan, ana pom manusia biasa gak, tgk org laen ade pakwe makwe....kengkadang dtg gak setan jahat neh dtg menggoda...tp alhamdulillah, dgn bekalan iman didada...dapat dilenyek makhluk setan uh....dessss....

Jangan risau wahai sahabat2 ku yg ana sayangi, yakinlah dengan janji2 Allah, sesungguhnya PEREMPUAn yang BAIK untuk LELAKI yang BAIK...perempuan yang pernah bercopel dengan seseorang untuk lelaki yg pernah bercopel gak...perempuan yg tidak berpegang dengan agama untuk lelaki yang tidak berpegang dengan agama jgk, perempuan yang pernah bercatting ngan lelaki untuk lelaki yang pernah bercatting dgn perempuan gak, perempuan yang pernah berzina utk lelaki yg sama gak, kecuali mereka yg telah bertaubat...

So, kite nk ker pasangan kite 'bekas' orang????
Lau xnak, jagalah diri kite supaya tidak menjadi 'bekas' orang, dan kite juga mendapat pasangan hidup yang bukan 'bekas' orang lain jgak....insyaallah,,,amiin...

Tapi belum terlambat ag bagi mereka yang dah 'melanjur' dan 'terlanjur', masih ade masa untuk bertaubat. Tapi INGAT!! Jangan berlengah2 untuk bertaubat tau...!!

Yakinlah, aper yang kite buat sekarang, adalah ape yang kite akan dapat nanti...lau kite bersabar, bersabar dan terus bersabar dari melakukan perkara yang Allah murka, yakinlah bahawa antum pasti akan mendapat balasan yang setimpal dariNYA...

Ape yang penting??? ialah bersabar...itulah kunci bagi sesuatu perkara....bersabar dari melakukan maksiat kpd Allah, bersabar dr bermesej dgn yang bukan mahram kite... bersabar dari meletakkan gambar2 'comel' kite dalam laman sosial, bersabar dari tengok cite2 lucah, bersabar dari bercatting dgn yang bukan mahram, bersabar dari keluar date ngn pakwe makwe, bersabar dari pakai pakaian yg cukup2 tutup aje, bersabarlah....ingatlah bahawa sesungguhnya Allah nk tgk setakat mane, setinggi mane ketebalan dirimu dapat bersabar....

Dan bila suatu saat nanti, Allah memberikan suatu ganjaran kepadamu, dan pada masa itulah, baru dirimu merasai bahawa...subhanallah, Allah Maha Melihat yg selama ini engkau tetap bersabar dr melakukan maksiat, DIA membalas dengan memberikan kepadamu pasangan yang taat padaNya, dan zauj yang menyayangimu, dan keluargamu, sebagaimana dy menyayangi dirinya sendiri. Zaujmu menyintaimu kerana Allah. Seorang yang tidak pernah bermesej ngn perempuan tanpa urusan, yang menundukkan pandangannya, yg baik akhlaknya, seorang yang menghormati orang tua, dan yang paling penting, beragama dan mengamalkan ilmunya. Subhanallah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang menyintaimu, supaya bertambah kecintaanku kepadaMU....!!

Bersabarlah duhai sahabat, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang bersabar...
Sesungguhnya Allah telah memperSEMPITkan yang HARAM dan DIA memperLUASkan yang HALAL :)
Subhanallah~

Peringatan buatku yang lupe,,,....


Wednesday, March 21, 2012

Awak ni ,,,, ustazah ker?


KRITERIA BERTUDUNG LABUH : Tidak TERTUMPU kepada aliran agama sahaja,. Sesiapa boleh memakainya. (^_^)

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program KAUNSELING la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iya walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaALLAH.

sekian dariku,
♥♥Tahajjud Chienta Amiera♥♥
♥♥HaNieRa♥♥


P/s : Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin :) Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah..

Thursday, March 8, 2012

Untukmu Solehah ^^


Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.
Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.
Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah sayangku solehah.

Tuesday, October 11, 2011

Muslimah itu~

Muslimah itu,
Menundukkan pandangan nya dari terkena pada panahan syaitan,
bersyukur dengan anugerah 'bermata rabun' kerna kurg dr melihat maksiat mata,
Muslimah itu,
menjauhkan jarak dirinya apabila berselisih dengan muslimin,
Muslimah itu,
tidak suka namanya disebut2 dibibir muslimin,
begitu juga dirinya menahan diri dari menyebut2 nama muslimin,
Muslimah itu,
sedang berusaha sedaya upaya menjaga hatinya dari perkara yang me'lagha'kan,
sedang sedaya upaya menjaga hatinya dari yg bukan halal untuknya,
Muslimah itu,
ingin sentiasa memuhasabahkan dirinya menghisab dosa2 yg dilakukan,
Muslimah itu,
sering kali hati nya menangis,
namun hanya DIA yang mengetahui betapa rindunya dia pada KEKASIHNYA,

Muslimah itu,
sedang berusaha untuk menjaga hati sahabat2nya dari terluka,
biarpun hatinya sendiri yg terluka,
namun, apekan daya, dia hanya manusia biasa,
meskipun dijaga betul2 gelas itu dari terjatuh pecah,
namun, tanpa disedari, gelas itu terjatuh dan..........(pussss)
Muslimah itu,
sedang menangis hatinya namun dia tidak tahu ingin dinyatakan kepada siapa,
kerana gelas yg selama ini dia jaga, setiap hari digilap sampai bersih,
namun akhirnya terjatuh dan ..........pecah..

Muslimah itu,
memerlukan sokongan dan dorongan dari sahabat2 disisi,
kerana dia tidak mungkin hanya hidup bersendirian di sini,

Muslimah itu,
sedang mencari dan tercari2,
dimanakah dia?
mengapa dia tidak muncul2 lagi?
adakah dia sedang dipersiapkan olehNya?

Muslimah itu,
ingin mencintai keluarganya terlebih dahulu sebelum dia,
Muslimah itu,
bukannya muslimah yang sempurna,
terlalu banyak kekhilafan diri yg memerlukan bimbingan dan dorongan,

Muslimah itu,
sedang membaiki diri yg kekurangan,
disamping ingin membantu rakan2 yg memerlukan sedaya qudrat,
Muslimah itu,
ingin mati syahid di jalanNya,
kerna sebagaimana sabdaan Nabi,
Jika matinya seseorang tanpa ada niat syahid dalam hatinya,
maka matilah dia dalam keadaan jahiliah,
alangkah ruginya orang itu,

Muslimah itu,
tidak layak untuk memberi sesuatu,
kerana dia tidak mempunyai sesuatu,
namun, Muslimah itu sedaya upaya untuk mencari sesuatu,
untuk memberi sesuatu kepada seseorang yg menginginkannya..

Muslimah itu,
Mohon doakan Muslimah itu ya wahai sahabat,
semoga Muslimah itu diberikan kekuatan dalam 'ber'jihad'melawan nafsu dunia
yang penuh dengan onar dan fitnah ini..
JIHAD FI SABILILLAH!!

Thursday, August 25, 2011

Cukuplah cintai dia dalam diam






“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
.
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)



Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.
Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.
“Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu. 


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU