“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Showing posts with label cerita ini. Show all posts
Showing posts with label cerita ini. Show all posts
Wednesday, June 12, 2013
Gelap di Dunia xpe
Suatu malam, ketika ingin mengambil wuduk di bilik air, pabila nak buka paip, tup, lampu terpadam. Hati tiba-tiba terasa seram sejuk jer. Pada mulanya, diingatkan ada orang yang tertutup suiz lampu, mungkin dia ingatkan tiada orang di dalam. Bila dibuka pintu, rupanya satu rumah bergelap. Allah, tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ketika itu, hanya Allah je yang tahu. Agak seram jugak. Bila dipejam mata dan dibuka mata, memang tiada bezanya, sape yang tak takut kan.
Pastu jerit panggil, "Mama,,, mama,,,..".
Diketuk-ketuk pintu, setelah itu kedengaran suara ayah menjerit, "Kenapa?".
"Gelap yah!"
"Tak pe, tak pe, ayah datang teman nie, nie ayah duk depan pintu,".
Lepas tu baru terasa lega sikit, dan di celah-celah pintu kelihatan ayah sedang mencari-cari lampu suluh. Dan ku teruskan mengambil wuduk. Sedang berkumur tiba-tiba terlintas di fikiran, "Rupanya seram jugak duk bergelap macam nie, macam mana agaknya kalu kat dalam kubur bergelap macam nie jugak, Allah, tak dapat aku bayangkan". Terasa seram satu badan, terbayangkan bagaimana kalau aku bergelap dalam kubur sorang-sorang.
Selesai berwuduk, ayah pun dah jumpa lampu suluh, dan dibukak suis utama, lepas tu, alhamdulillah, cahaya memenuhi satu rumah. Lepas keluar dari bilik air, "Fuh, terasa lega dalam hati, alhamdulillah".
Bisik dihati, "Kalau gelap satu rumah, di dunia, boleh cari lampu suluh,
pasang lilin, tapi kalau gelap dalam kubur, duk sorang-sorang, dah tak da lampu suluh, Al Quran ja penyuluh disana, itu pun kalau aku rajin bacanya".
Friday, November 2, 2012
Nota Detik 2 November
Pada 8 pagi, kedengaran suara tangisan seorang bayi perempuan, seorang wanita telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Bayi ini adalah anak ke2 wanita tersebut, yang sulungnya seorang lelaki. Si abang bayi tersebut keriangan gembira kerana dia telah mendapat seorang adek yang comel.
Ayah mertua wanita tersebut memberikan cadangan nama, dan yang dipersetujui ialah jika dalam bahasa arab daripada dasar perkataan ع ر ف yang bermaksud Yang Mengetahui. Mungkin niat ayah mertua wanita ini supaya anak-anak kecil cucunya tahu membezakan apa yang terbaik dan apa yang baik untuk dilakukan di masa hadapan, jua mempelajari dan mendalami ilmu agama bekalan masa hadapan.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rohnya.
Ameen...
Segala kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut serta merta telah hilang setelah melihat wajah suci bayi perempuan itu. "Subhanallah, comelnyer bayi ini."
1 tahun kemudian, bayi perempuan itu membesar seperti bayi-bayi yang normal meskipon bayi itu pernah mengalami penyakit sawan ketika berumur beberapa bulan, namun penyakit itu telah sembuh dengan izinNya. Alhamdulillah.
2tahun kemudian, bayi perempuan itu mendapat adik lagi, kali ini adiknya lelaki. Dan 4 tahun kemudian, dia dapat adik lelaki lagi.
Pernah suatu hari, ketika si ibunya sedang sibuk memasak di dapur, anaknya yang perempuan itu jugak ingin sibukkan dirinya bermain-main dengan bawang, kononnya ingin menolong ibunya memasak. Adiknya yang lelaki pon ikut kakaknya bersama.
Setelah adiknya kelihatan seperti boring, dia ingin memanjat kerusi, si kakaknya bimbang adiknya terjatuh. Si kakak pegang adiknya, supaya tidak jatuh. Baiknya kakak dia..
Meskipon kanak-kanak perempuan tersebut dilahirkan di Kelantan, namun dia dibesarkan di sebuah rumah sewa di Melaka. Jauh daripada sanak saudara, hidup sebagai perantau. Segala kesusahan dan kesenangan ditanggung sendiri. Kesusahan dan kepahitan kedua ibubapa nya dalam meneruskan kehidupan dilalui dengan kesabaran dan bertawakkal kepadaNya yang Memberikan rezeki kepada hambaNya.
Pernah beberapa kali, mak saudara kanak-kanak tersebut menumpang di rumah untuk meneruskan pengajian mereka, sambil menjaga kanak-kanak tersebut. Dan sekarang, kanak-kanak itu semakin membesar. Si kakak, menjaga seorang yang amat pemalu orangnya. si abang, seorang yang sangat berdikari, mencari pendapatan sendiri di negeri orang, belajar sambil bekerja bukan senang. si adik juga mewarisi sifat berdikari daripada abangnya, dan adiknya yang bongsu, masih lagi mencari-cari hala tuju dalam kehidupan.
Sekarang anak perempuan itu sedang melanjutkan pengajiannya. Terpancar kebimbangan di wajah ibubapanya kerana sebelum ini tidak pernah dibiarkan anaknya berjauhan daripadanya. Namun apakan daya, hanya mampu bertawakal kepadaNya, semoga Allah menjaga anak perempuan ini selamat dari kejahatan manusia. Sehinggakan, si ayah sanggup pergi jemput di kampus untuk bawa balik rumah ketika cuti. Sampai itu tahap kebimbangan mereka, tetapi setelah beberapa semesta, mereka telah memberikan kepercayaan kepada anaknya untuk berdikari balik kampung sendiri.
Setiap kali anak perempuan itu pulang ke rumah pabila cuti sem, terpancar kegirangan di hati seorang ibu. Pabila si anak pulang, bermacam-macam resipi telah tersenarai, ingin memasak bersama anaknya. Kudrat seorang ibu untuk memasak keseorangan sangat terhad, lebih lebih lagi setelah pembedahan 8tahun lalu, kesannya masih terasa, menyebabkan si ibu tidak dapat melakukan kerja rumah banyak sangat. Namun si ibu bersyukur, dengan kudratnya yang terhad, dikurniakan seorang suami yang memahami, sering juga membantu kemaskan dapur, menjemur pakaian, memasak. Itulah suatu nikmat yang tidak terhingga dariNya.
Meskipun si ibu tidak berkelulusan tinggi, namun ilmu akhiratnya tidak dapat ditandingi. Di rumah, seringkali si ibu menasihati anaknya supaya jangan dikejar harta dunia, dan seringkali diceritakan kisah-kisah untuk dijadika teladan dan sempadan, tidak ketinggalan juga tentang hal-hal cara mencari calon suami, cara menjadi isteri solehah, anak yang solehah.
Insyaallah..
Doaku, semoga gadis ini menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, jua ibu dan nenek yang solehah dipertemukan dengan si soleh, semoga diperbaiki segala amalannya, diperbaiki sikap mazmumahnya. Semoga menjadi bidadari buat imamnya di syurga, ameen..
Ayah mertua wanita tersebut memberikan cadangan nama, dan yang dipersetujui ialah jika dalam bahasa arab daripada dasar perkataan ع ر ف yang bermaksud Yang Mengetahui. Mungkin niat ayah mertua wanita ini supaya anak-anak kecil cucunya tahu membezakan apa yang terbaik dan apa yang baik untuk dilakukan di masa hadapan, jua mempelajari dan mendalami ilmu agama bekalan masa hadapan.Semoga Allah merahmati dan mencucuri rohnya.
Ameen...
Segala kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut serta merta telah hilang setelah melihat wajah suci bayi perempuan itu. "Subhanallah, comelnyer bayi ini."
1 tahun kemudian, bayi perempuan itu membesar seperti bayi-bayi yang normal meskipon bayi itu pernah mengalami penyakit sawan ketika berumur beberapa bulan, namun penyakit itu telah sembuh dengan izinNya. Alhamdulillah.
2tahun kemudian, bayi perempuan itu mendapat adik lagi, kali ini adiknya lelaki. Dan 4 tahun kemudian, dia dapat adik lelaki lagi.
Pernah suatu hari, ketika si ibunya sedang sibuk memasak di dapur, anaknya yang perempuan itu jugak ingin sibukkan dirinya bermain-main dengan bawang, kononnya ingin menolong ibunya memasak. Adiknya yang lelaki pon ikut kakaknya bersama.
Setelah adiknya kelihatan seperti boring, dia ingin memanjat kerusi, si kakaknya bimbang adiknya terjatuh. Si kakak pegang adiknya, supaya tidak jatuh. Baiknya kakak dia..
Meskipon kanak-kanak perempuan tersebut dilahirkan di Kelantan, namun dia dibesarkan di sebuah rumah sewa di Melaka. Jauh daripada sanak saudara, hidup sebagai perantau. Segala kesusahan dan kesenangan ditanggung sendiri. Kesusahan dan kepahitan kedua ibubapa nya dalam meneruskan kehidupan dilalui dengan kesabaran dan bertawakkal kepadaNya yang Memberikan rezeki kepada hambaNya.Pernah beberapa kali, mak saudara kanak-kanak tersebut menumpang di rumah untuk meneruskan pengajian mereka, sambil menjaga kanak-kanak tersebut. Dan sekarang, kanak-kanak itu semakin membesar. Si kakak, menjaga seorang yang amat pemalu orangnya. si abang, seorang yang sangat berdikari, mencari pendapatan sendiri di negeri orang, belajar sambil bekerja bukan senang. si adik juga mewarisi sifat berdikari daripada abangnya, dan adiknya yang bongsu, masih lagi mencari-cari hala tuju dalam kehidupan.
Sekarang anak perempuan itu sedang melanjutkan pengajiannya. Terpancar kebimbangan di wajah ibubapanya kerana sebelum ini tidak pernah dibiarkan anaknya berjauhan daripadanya. Namun apakan daya, hanya mampu bertawakal kepadaNya, semoga Allah menjaga anak perempuan ini selamat dari kejahatan manusia. Sehinggakan, si ayah sanggup pergi jemput di kampus untuk bawa balik rumah ketika cuti. Sampai itu tahap kebimbangan mereka, tetapi setelah beberapa semesta, mereka telah memberikan kepercayaan kepada anaknya untuk berdikari balik kampung sendiri.
Setiap kali anak perempuan itu pulang ke rumah pabila cuti sem, terpancar kegirangan di hati seorang ibu. Pabila si anak pulang, bermacam-macam resipi telah tersenarai, ingin memasak bersama anaknya. Kudrat seorang ibu untuk memasak keseorangan sangat terhad, lebih lebih lagi setelah pembedahan 8tahun lalu, kesannya masih terasa, menyebabkan si ibu tidak dapat melakukan kerja rumah banyak sangat. Namun si ibu bersyukur, dengan kudratnya yang terhad, dikurniakan seorang suami yang memahami, sering juga membantu kemaskan dapur, menjemur pakaian, memasak. Itulah suatu nikmat yang tidak terhingga dariNya.
Meskipun si ibu tidak berkelulusan tinggi, namun ilmu akhiratnya tidak dapat ditandingi. Di rumah, seringkali si ibu menasihati anaknya supaya jangan dikejar harta dunia, dan seringkali diceritakan kisah-kisah untuk dijadika teladan dan sempadan, tidak ketinggalan juga tentang hal-hal cara mencari calon suami, cara menjadi isteri solehah, anak yang solehah.
Insyaallah..
Doaku, semoga gadis ini menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah, jua ibu dan nenek yang solehah dipertemukan dengan si soleh, semoga diperbaiki segala amalannya, diperbaiki sikap mazmumahnya. Semoga menjadi bidadari buat imamnya di syurga, ameen..
Saturday, October 27, 2012
Salam Mubarak Eid Adha
Allahu Akhbar Allahu Alkhbar Allahu Akhbar..
Laa ilaaha illallah wallahu akhbar...
Allahu akhbar walillahilhamd..
Alhamdulillah, takbir raya bergema lagi. Sayup sayup hati mendengar tatkala suara takbir raya disiarkan di dalam television. Saat membesarkan kalam Allah.Syukur dihati kerna diri masih diberi kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Tahun depan,,?? Tak pasti.
Tahun ni raya tak seindah biasa, sebab along tak balik. Rindu kat dia, daa lame dia tak balik, dia cuti sehari je, pastu keje. Kesian pulak bila teringat kat dia. Along beraya kat umah nenek kat selangor. Kalau beraya kat sane, tak tahu lah meriah ke tak. Rindu pulak dengan abang sulong nie, satu satunya abang kesayangan.. hehe..
Walaupun tak meriah sangat, namun diri ini masih bersyukur dengan nikmat iman dan ihsanNya, ana diberi kesempatan dapat berjumpa dengan saudara yang tak pernah jumpa sebelum nie, sedara datang dari jauh, dari Mekah, mereka balik Malaysia bercuti disini. Terasa bertuah jugak sebab ade sedara yang bermastautin di tanah suci. Boleh laa amek berkat dari mereka sedikit sebanyak yer.
Dan malam ni insyaallah mereka akan menumpang di rumah ana sementara mereka nak ke KL. Seronok dengar mereka bercakap bahasa arab. Alhamdulillah ana faham sikit2, tapi tak boleh nak mencelah, tok arab duk cakap ngn ayah ana.. Si suami orang arab, si isteri, tok sedara ana, anak dia ikut muka ayahnya, memang muka arab laa.. Cantik.. ^^,
Esok kemungkinan besar nak bawak mereka gi jalan2 kat Terengganu, anak mereka suka makan keropok...hehe.. insyaallah jika tiada aral menghalang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan... Robbi yassir wala tua'ssir..

Tuesday, October 23, 2012
Cerita hati Ainul Mardhiah
Inginku menjadi seperti Ainul Mardhiah
" Ainul Mardhiah, kau seharum kuntuman di taman syurga, menanti hadirnya seorang lelaki, untuk menjadi bukti cinta sejati,... Oh Tuhan, bisakah dicari didunia ini, seorang wanita bak bidadari, menghulurkan cinta setulus kasih...."
Semua orang tahu tentang kisah Ainul Mardhiah, bidadari syurga buat para syuhada'. Tulus suci cintanya buat mereka yang ikhlas berjihad dijalanNya, itulah hadiah cinta daripada Sang Pencipta.
Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan kisah cinta ini. Namun, jauh di sudut hati ingin menjadikannya sebagai contoh ikutan, jadikannya sebagai sumber kekuatan. Ingin setia menanti hadirnya seorang lelaki untuk dihadiahkan sebuah cinta yang suci, hanya buat yang halal dariNya.
Sungguh, bukan senang ingin menjaga hati, semakin ingin dijaga, semakin hati ini diuji dengan kisah cerita tentang hati. Hanya kepada Sang Pemilik Hati diri ini mengadu supaya bantu diri ini menjaga hati hanya buat yang halal untuknya. Supaya diberikan kekuatan untuk tulus menjaganya sehingga tiba saat lafas sakinah hadiah cinta dariNya.Oh Tuhan, izinkan diri ini menjadi bidadari buatnya. Seorang lelaki yang akan menjadi imam bagi agama ini, menjadi petunjuk jalan kebenaran, memberi cahaya pada kegelapan, sucikanlah hati ini dari perkara yang Engkau murkai. Berikanlah cahaya buat hati yang sedang malap ini.
Pada zahirnya diri ini tersenyum, namun masih terasa hati ini sedang menangis. Terasa mata ini kering untuk mengeluarkan airnya. Allah.. berikan cahaya kegembiraan padanya, jangan jauhi darinya kerna ku bimbangi, jika Engkau menjauh dari hati ini, sudah pasti ia akan mati.
Allah, sentiasa padaMu aku memohon, supaya jagakan hati ini untuk si dia yang halal buatnya. Sungguh! Diri ini sangat lemah, terjatuh dan tertatih dari landasan cintaMu, ampunkan diriku andai diri ini sudah kalah dengan kisah cinta, bangunkanlah diriku, dengan rahmat dan kasih sayangMu, bantu aku untuk istiqomah mencintaiMu.
Bantu aku untuk terus istiqomah mencintaiMu, Tuhan betapa aku malu, terlalu banyak nikmat cinta yang Engkau berikan padaku, sesungguhnya diri ini tidak pandai untuk meluahkan rasa di hati, hanya Engkau yang mengetahui betapa hati ini sedang dan ingin menangis sepuas-puasnya. Ingin hati ini meluahkan segala-galanya, namun, diri ini tidak mampu,. Hanya padaMu ku berharap dan terus mengharap...Sungguh, kekadang terasa hati ini malu denganMu, terasa sangat malu denganMu Ya Allah, mata ini kan menangis bila diuji soal hati, tapi jarang mata ini menangis mengenang dosa-dosa yang dilakukan. Allah, lemahnya iman ini, aku malu sangat denganMu Ya Allah.
Berikanku kekuatan hati...
Hanya padaMu ku serahkan diri ini...
Ya Robbi...
Ya Muqollibal Qulub Thabbit Qulubana a'la Diinik Wa'ala Thooa'tik..
............
Sunday, October 21, 2012
Hadiah ini untukmu
Suatu
hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya
mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak
memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.
Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.
Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam p
Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.
Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam p
erut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.
Si ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.
--
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi.
Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;
"Assalamualaikum abah, ma.
Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah.
Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi.
Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga...
Tulus - anakmu."
---
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.
Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.
---
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih.
Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.

copy paste dari syabab musafir kasih
* surely sedeh sangat bila bace cite nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)