“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Saturday, December 11, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Dialog Aku Dan Hati
Tirai malam dibuka. Di hujung pentas dua sahabat karib sedang berbicara. Aku dan Hati. Kelihatan sang Hati berduka nestapa.
Aku: Duhai hati, mengapa kau bermuram durja hari ini? Kongsilah masalahmu padaku.
Hati : Aku kongsikan kiranya kau sudi mendengar.
Aku : Ya, aku ingin mendengar.
Hati : Bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemani aku dengan Tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada Tuhan.
Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja? Wajahmu jua kulihat pucat tidak bermaya. Mengapa begini?
Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini kalau tidak kau tidak berikan aku makanan padaku lagi?
Aku : Makanan? Apa maksudmu? Aku tidak mengerti.
Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau memberi aku makanan kepadaku dengan bersedekah pada yang memerlu? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu??
Aku : Jahilnya aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat engkau menjadi lemah dan tidak bermaya begini?
Hati : Ke mana Al Quranmu minggu ini? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatNya. Mengapa kau begini? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini?
Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku bersalah! Aku bersalah! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau derita. Terus khabarkan padaku apa lagi yang membuat kau menderita sebegini?
Hati : Aku merasakah hidupku kosong. Tiada ruh. Tahukah engkau mengapa?
Aku : Tidaklah engkau lebih mengetahui dari aku. Aku ternyata jahil sekali.
Hati : Ke mana solat jemaahmu? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan dek solat jemaah yang kau jauhkan. Mengapa kau sebegini teruk?? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulillah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah? Jua kau pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan Baginda menyuruh sahabat yang buta sekalipun untuk datang mendirikan solat jemaah! Apakah kau lupa?? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada Ilahi ketika dihitungkan kelak??
Aku :Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Entah syaitan apa yang merasukku sampai aku menjadi begini. Aku terkadang ingin kembali kepada fitrah tetapi tidak terdaya rasa.
Hati : Kau memang bodoh! Bagaimana engkau ingin terbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau halau bilamana ia menghampirimu?? Bukankah kau tahu, aku menjadi kuat dengan segala apa yang pernah kau lakukan dahulu?? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.
Aku: Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil. Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu. Suka duka bersama. Baiklah, aku akan menjadi lebih baik dari aku sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.
Hati : Aku gembira amat mendengar begitu. Ayuh, kita mulakan taubat denganNya. Moga-moga Dia menerima ampunmu dan ampunku jua.
Aku : Ayuh!
Dua bersahabat meninggalkan pentas menuju ke kamar solat. Tirai malam ditutup perlahan-lahan. Sebuah lagu diputarkan.
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalaniMoga-moga Gusti Allah mencukupi
junaidiahmad
kelanafaqir.blogspot.com
Kangar,Perlis
Cinta Dalam Diam
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan ...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat sececah rasa, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya?
Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz-Dzariyat: 49)
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. "(QS. An-Nuur: 32)
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "(QS. Ar-Ruum: 21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dikelopak mata maka bersabarlah ... berdoalah ... berpuasalah ...
"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadist)
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS. Al-Israa ': 32)
Cukup cintai ia dalam diam ...
Bukan kerana membenci hadirnya, tapi menjaga kesuciannya..bukan kerana mengelakkan dunia, tapi meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Cukup cintai ia dari kejauhan ...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan ...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membawa kebahagiaan para syaitan.
Maka cintailah ia dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati, tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ...?
"... Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita -wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) "(QS.An-Nuur: 26)
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan mereput atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.)
Apabila Lelaki Tidak Menjaga Pandangan
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اa010;ِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa bukan pula mahu semata-mata membela wanita. Bacalah dengan hati yang terbuka. Ia sekadar perkongsian dari saya, hasil pemerhatian dan pengalaman peribadi.
"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"
" Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
"Aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?"
Apabila lelaki tak jaga mata, memanglah alasan paling tak sedap didengari lelaki bagi
"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"
"normallah tu, huda, kalau tak nanti orang ingat kami gay pulak.... aish.. :D."
"kalau tak suka, something wrong somewhere."
" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"
"free show sapa tak nak?"
"tengok je, bukan buat apa.."
"tengok je, tak luak la."
"tengok je, tak sentuh pun.."
"tengok je, tengok je, tengok je."
Astaghfirullahalazim. Ayat yang memang la sangat mengerunkan saya, bagi seorang perempuan..
Ya Allah! Apa je yang ditengok tu? Kalau AL QURAN tu, jangan kata baca, tengok pun dah dapat pahala. Aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh, usik dan lain-lain yang tak sanggup di sebut disini,
TENGOK sahaja dah dapat DOSA. Ulang tulis DOSA!
TENGOK = DOSA!
Percuma-percuma, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa. Senang je. Seronok ke kumpul dosa mata?
Mengucap panjang saya, dan tergeleng-geleng lah kepala mendengar dan menulis ayat-ayat nie. Beruntunglah telinga-telinga yang tak pernah mendengarnya dan amat beruntunglah bibir-bibir yang tak pernah menyebutnya dan berbahagialah hati-hati yang tak pernah terlintas benda-benda seperti ini.
Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda. Siapa kata, perintah menundukkan pandangan hanya untuk perempuan? Ayat AL QURAN
“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata :
Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”
Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja (yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja. Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan. Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”
See? Bukan saya kata ni, ni perintah Al-quran ni. PerintahNYA untuk dua-dua, LELAKI dan PEREMPUAN tak terkecuali.
LELAKI, lelaki-lelaki. Perempuan itu makhluk yang sangat menarikkan? Saya memang nak tergelak bila lelaki puji perempuan yang cantik dengan komen
" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini" Aish, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yang cantik-cantik, perempuan juga yang dipujinya? :)
Jangan marah ya....
Lelaki, lelaki. Perempuan itu ciptaan yang sangat cantik dan indah bukan? Jangan tipu saya dan jangan tipu diri dengn menjawab TIDAK! Ya, sebab perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sangat indah. Hiasan yang boleh membawa pahala atau hiasan yang boleh menambah catatan dosa dan langsung mengheret ke neraka! Maka, jagalah pandangan! Janganlah suka benar, membuka profile perempuan-perempuan yang mengupload gmbar awek-awek cun yang putih melepak, yang senyum manis, yang berlesung pipit, yang bermata kuyu, bundar, bulat, yang posing maut, yang pakai baju cantik, yang menggayakan tudung dan macam fesyen...dan apa lagi?. TAK PERLULAH. Kenapa kamu nak bukak semua tu?
Lantak diaorg la nak upload apa pun. Yang kamu nak join usahasama kumpul dosa tu kenapa? Saja la, nak tengok, dah diaorg tunjuk. Allah! Kamu lelaki, perlukah tengok semua tu? Cuci mata ya? Cuci mata dengan pakej tambah dosa? Pada kamu itu biasa, oh sekadar gambar, tak mbawa makna apa-apa, namun sebenarnya, bila kamu buka tu, kamu suka tengok, kamu senyum, kamu puji, cantik, kamu like, kamu komen, kamu kirim salam dan kamu akan bukak balik!
Dan jangan tipu, kalau kamu kata kamu tak ada niat apa-apa. Jangan tipu, kata kamu tak rasa apa-apa. Tetapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan. Cuma kat SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi.
Janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu, zikir kamu, tasbih kamu, pahala jadi imam dan bilal kamu, semata-mata kerana sepasang mata yang memandang kami yang hina dina ini, melihat kami yang menjadi fitnah ini, memuji kami, perhiasan dunia yg fana ini. Janganlah lihatlah sekadar yang perlu, dan bukan semahu-mahu kamu. Bila ada urusan, bila ada keperluan, bukan bila ada je yg lalu, semua pun kamu tengok. Mungkin dia tak sedar diperhatikan kamu, tapi Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'. Tunduklah ya, tak payah sampai langgar tiang, tak payah la jalan tutup mata. Cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana. atas bawah. Tengok sekali pastu toleh lagi. Tengok atas bawah pulak, pastu ikut pulak sampai hilang dari pandangan. Perhati setiap inci. Tak kisahlah, alam maya ke alam realiti, jagalah mata.
Tuesday, December 7, 2010
Demi Allah yang membolak-balikkan hati...
بسم الله الرحمن الرحيم
Akhawatku Sayang,
Kelibat mataku memandang tajam
Lantas butiran airmata jatuh berguguran
Melihat nasib pendukung agama,
Yang lemas terus dibawa arus,
globalisasi dan “kemodenan”
Akhawatku Sayang,
Wajah yang dulunya bersih,
dicoret dengan warna-warni untaian dosa.
Bibir yang dulunya suci,
diwarnai pelbagai warna yang menggiurkan.
Hijabmu ibarat senjata yang ampuh,
turut disalahgunakan.
Akhawatku Sayang,
Tempat yang suci dijadikan medan pertandingan,
dengan pameran busana yang memukau,
gandingan fesyen dan warna yang garang,
takkan terlepas dari lirikan mata yang memandang.
Siapa yang lagi menarik?
Siapa yang lagi cantik?
Siapa yang lagi ramai peminat?
Luar sedar, niat mula berubah,
tanpamu mengizinkan.
Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.
Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,
kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.
Akhawatku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci,
janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.
Akhawatku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?
Akhawatku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.
Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.
oleh 'Aisyah Rahmah Al-Tsaabitah
Akhawatku Sayang,
Kelibat mataku memandang tajam
Lantas butiran airmata jatuh berguguran
Melihat nasib pendukung agama,
Yang lemas terus dibawa arus,
globalisasi dan “kemodenan”
Akhawatku Sayang,
Wajah yang dulunya bersih,
dicoret dengan warna-warni untaian dosa.
Bibir yang dulunya suci,
diwarnai pelbagai warna yang menggiurkan.
Hijabmu ibarat senjata yang ampuh,
turut disalahgunakan.
Akhawatku Sayang,
Tempat yang suci dijadikan medan pertandingan,
dengan pameran busana yang memukau,
gandingan fesyen dan warna yang garang,
takkan terlepas dari lirikan mata yang memandang.
Siapa yang lagi menarik?
Siapa yang lagi cantik?
Siapa yang lagi ramai peminat?
Luar sedar, niat mula berubah,
tanpamu mengizinkan.
Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.
Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,
kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.
Akhawatku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci,
janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.
Akhawatku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?
Akhawatku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.
Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.
oleh 'Aisyah Rahmah Al-Tsaabitah
Subscribe to:
Posts (Atom)

