CARILAH HATIMU DIMANA

Tuesday, October 30, 2012

Travelog iman (1) : Muflis


Posting kali ini ana petik dari sebuah buku yang ana baca, yang bertajuk "Travelog Iman Seorang Doktor". Banyak pengajaran yang ana dapat daripada buku ini. Buku ini banyak menyisahkan tentang perjalanan seorang doktor, yang banyak menghadapi di saat2 kematian pesakit2 mereka. Dan setiap pengakhiran kehidupan mereka, disebabkan oleh permulaan mereka. Jika baiklah permulaan kita, maka akan baiklah pengakhiran kita. Diceritakan kisah ini adalah kisah benar daripada penulis untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita...

Kali ini ana nak sentuh salah satu bab dalam buku ini, yang menceritakan tentang kerugian yang seseorang itu akan dapat apabila dia melakukan sesuatu perbuatan. Dan perbuatan itu adalah "Mengumpat".

Mengumpat

Perbuatan ini sebenarnya akan menghakis kebaikan yang dilakukan dan dikirimkan kepada orang yang diumpat.

Diceritakan bahawa seorang pesakit sedang menghadapi sakaratulmaut dan dikhabarkan oleh jururawat bahawa detak jantungnya lemah sekali, dan apabila si doktor pergi melihat kondisinya, ternyata diri pesakit itu kelihatan segar bugar dan wajahnya putih kemerah-merahan. Lalu si doktor memanggil namanya dan mengajarkannya kalimah syahadah. Dia mengucapkannya serta rohnya keluar mengadap tuhannya.

Pabila ditanyakan apakah perbuatan yang menyebabkan si pesakit mendapat husnul khotimah, diceritakan bahawa dia tidak pernah mengumpat dan mengungkit-ungkit keburukan orang lain.

Bekas bocor?

Saudara SeIslamku,
Ana nak seru diri ana dan sahabat2 sekalian, bahawa perbuatan mengumpat merupakan kesalahan yang besar. Perbuatan ini diumpamakan seperti orang yang mengumpulkan air dalam bekas air yang bocor. Agaknya bolehkah bekas ini menampung air yang kita simpan didalamnya? Bersama-sama kita memuhasabah diri kita..

Nak tutup kebocoran?

Selepas kita mengetahui bahawa bekas yang kita gunakan untuk mengisi air itu terdapat kebocoran padanya, justeru kite perlu mencegah daripada bekas tersebut terus menerus mengeluarkan airnya supaya kita dapat menyimpan air didalam bekas tersebut. Bagaimana caranya??

(1) Dengan memuhasabah diri. Sebelum tidur, sebelum melelapkan mata, muhasabah diri, apa yang telah dilakukan seharian. Hitungkan kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Dan tanam niat dihati supaya diri ingin melakukan perubahan pada hari keesokannya.

(2) Jika menyedari diri telah termengumpat orang lain, segeralah membaca ta'aawudz, a'uuzubillah minasy syaitonir rajim. Memohon perlindungan daripada syaitan yang direjam.

(3) Sentiasa bersama dengan orang yang soleh. Berhati-hatilah dalam memilih sahabat seperjuangan. Sahabat yang soleh/ baik akan menegur kesalahan sahabatnya. Sahabat yang baik diumpamakan seperti membawa wangian pada kita dan sahabat yang tidak baik akan menyebabkan kita mendapat bauan yang busuk.

(4) Bercakap apa yang perlu sahaja. Jika sesuatu perkara itu tidak perlu diucapkan, maka diam itu lebih baik. Sebagaimana hadis nabi menyatakan yang bermaksud, "Jika kamu beriman kepada hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik, atau diam."

Sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan yang akan merosakkan diri kita di dunia dan akhirat kelak. Semoga posting kali ini memberikan kebaikan kepada diri ana sendiri dan sahabat2..

Ana tutup dengan hadis baginda SAW:

"Barangsiapa yang mendapat penjagaan Allah SWT dari kejahatan lidah dan kemaluannya, dia akan masuk syurga." (HR Tirmizi)

Wallahua'lam...


Saturday, October 27, 2012

Salam Mubarak Eid Adha

Allahu Akhbar Allahu Alkhbar Allahu Akhbar..
Laa ilaaha illallah wallahu akhbar...
Allahu akhbar walillahilhamd..

Alhamdulillah, takbir raya bergema lagi. Sayup sayup hati mendengar tatkala suara takbir raya disiarkan di dalam television. Saat membesarkan kalam Allah.Syukur dihati kerna diri masih diberi kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Tahun depan,,?? Tak pasti.

Tahun ni raya tak seindah biasa, sebab along tak balik. Rindu kat dia, daa lame dia tak balik, dia cuti sehari je, pastu keje. Kesian pulak bila teringat kat dia. Along beraya kat umah nenek kat selangor. Kalau beraya kat sane, tak tahu lah meriah ke tak. Rindu pulak dengan abang sulong nie, satu satunya abang kesayangan.. hehe..

Walaupun tak meriah sangat, namun diri ini masih bersyukur dengan nikmat iman dan ihsanNya, ana diberi kesempatan dapat berjumpa dengan saudara yang tak pernah jumpa sebelum nie, sedara datang dari jauh, dari Mekah, mereka balik Malaysia bercuti disini. Terasa bertuah jugak sebab ade sedara yang bermastautin di tanah suci. Boleh laa amek berkat dari mereka sedikit sebanyak yer.

Dan malam ni insyaallah mereka akan menumpang di rumah ana sementara mereka nak ke KL. Seronok dengar mereka bercakap bahasa arab. Alhamdulillah ana faham sikit2, tapi tak boleh nak mencelah, tok arab duk cakap ngn ayah ana.. Si suami orang arab, si isteri, tok sedara ana, anak dia ikut muka ayahnya, memang muka arab laa.. Cantik.. ^^,

Esok kemungkinan besar nak bawak mereka gi jalan2 kat Terengganu, anak mereka suka makan keropok...hehe.. insyaallah jika tiada aral menghalang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan... Robbi yassir wala tua'ssir..


Tuesday, October 23, 2012

Cerita hati Ainul Mardhiah


Inginku menjadi seperti Ainul Mardhiah


" Ainul Mardhiah, kau seharum kuntuman di taman syurga, menanti hadirnya seorang lelaki, untuk menjadi bukti cinta sejati,... Oh Tuhan, bisakah dicari didunia ini, seorang wanita bak bidadari, menghulurkan cinta setulus kasih...."


Semua orang tahu tentang kisah Ainul Mardhiah, bidadari syurga buat para syuhada'. Tulus suci cintanya buat mereka yang ikhlas berjihad dijalanNya, itulah hadiah cinta daripada Sang Pencipta. 


Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan kisah cinta ini. Namun, jauh di sudut hati ingin menjadikannya sebagai contoh ikutan, jadikannya sebagai sumber kekuatan. Ingin setia menanti hadirnya seorang lelaki untuk dihadiahkan sebuah cinta yang suci, hanya buat yang halal dariNya. 


Sungguh, bukan senang ingin menjaga hati, semakin ingin dijaga, semakin hati ini diuji dengan kisah cerita tentang hati. Hanya kepada Sang Pemilik Hati diri ini mengadu supaya bantu diri ini menjaga hati hanya buat yang halal untuknya. Supaya diberikan kekuatan untuk tulus menjaganya sehingga tiba saat lafas sakinah hadiah cinta dariNya.

Oh Tuhan, izinkan diri ini menjadi bidadari buatnya. Seorang lelaki yang akan menjadi imam bagi agama ini, menjadi petunjuk jalan kebenaran, memberi cahaya pada kegelapan, sucikanlah hati ini dari perkara yang Engkau murkai. Berikanlah cahaya buat hati yang sedang malap ini.


Pada zahirnya diri ini tersenyum, namun masih terasa hati ini sedang menangis. Terasa mata ini kering untuk mengeluarkan airnya. Allah.. berikan cahaya kegembiraan padanya, jangan jauhi darinya kerna ku bimbangi, jika Engkau menjauh dari hati ini, sudah pasti ia akan mati.


Allah, sentiasa padaMu aku memohon, supaya jagakan hati ini untuk si dia yang halal buatnya. Sungguh! Diri ini sangat lemah, terjatuh dan tertatih dari landasan cintaMu, ampunkan diriku andai diri ini sudah kalah dengan kisah cinta, bangunkanlah diriku, dengan rahmat dan kasih sayangMu, bantu aku untuk istiqomah mencintaiMu.


Bantu aku untuk terus istiqomah mencintaiMu, Tuhan betapa aku malu, terlalu banyak nikmat cinta yang Engkau berikan padaku, sesungguhnya diri ini tidak pandai untuk meluahkan rasa di hati, hanya Engkau yang mengetahui betapa hati ini sedang dan ingin menangis sepuas-puasnya. Ingin hati ini meluahkan segala-galanya, namun, diri ini tidak mampu,. Hanya padaMu ku berharap dan terus mengharap...

Sungguh, kekadang terasa hati ini malu denganMu, terasa sangat malu denganMu Ya Allah, mata ini kan menangis bila diuji soal hati, tapi jarang mata ini menangis mengenang dosa-dosa yang dilakukan. Allah, lemahnya iman ini, aku malu sangat denganMu Ya Allah.


Berikanku kekuatan hati...


Hanya padaMu ku serahkan diri ini...


Ya Robbi...


Ya Muqollibal Qulub Thabbit Qulubana a'la Diinik Wa'ala Thooa'tik..


............

Monday, October 22, 2012

Jom Kejar Pahala ;)

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di ma
lam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

Sunday, October 21, 2012

Hadiah ini untukmu

 Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.

Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam p

erut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.

Si ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.

--
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan diinterogasi.

Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;

"Assalamualaikum abah, ma.

Ini hadiah Ramadan dari anakmu. Selama dua bulan ini adik mengikat perut untuk membelikan hadiah yang tak seberapa ini untuk abah dan ma. Jujur, adik iri hati pada seorang rakan ni. Waktu pulang dari sekolah, kelihatan ayah dan ibunya berjubah menjemputnya dari sekolah. Senang hati ini melihatnya. Tapi abah datang dengan seluar pendek, ma dengan tshirt dan jeans tanpa tudung di kepala datang menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak bermaksud untuk menyakitkan hati abah dan ma. Terimalah hadiah dari adik ni untuk abah dan ma. Itupun jika abah dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita, kasih ke Syurga...

Tulus - anakmu."

---
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.

Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.

---
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih.

Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua.
Di hati tetap bertiga. Sampai bila-bila.
copy paste dari syabab musafir kasih

* surely sedeh sangat bila bace cite nie...

Saturday, October 20, 2012

Aku Ingin MencintaiMU



Jom hayati lirik nasyid ni, sangat-sangat memberi kesan pada hati ini... Semoga Allah tetapkan hati ini dalam cintaNya melebihi dari segala-galanya.....


Aku Ingin MencintaiMU
Tuhan Betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…

Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya robbi
.
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…


  
*** Ya Allah, jangan Engkau lebihkan padaku dengan cinta manusia melebihi cintaku padaMu. Jangan Engkau jauhkan daku daripada rahmat dan kasih sayangMu, siapalah daku tanpa cintaMu ya Robbi...*** 

Tuesday, October 16, 2012

Rinduku Seseorang Bernama Sahabat

 

(All One- Sahabat)
Sahabat
Ingatlah..kemesraan terjalin antara kita.
Segala..kebahagiaan..kejayaa­n kita kecapi bersama..
Sahabat
Sabarlah..dugaan yang melanda merencam jiwa..
Tabahlah..segalanya..itu hanya bukti kesetiaan kita..
Ketika..kesunyian..engkau menemaniku di kala resah..
Ku pasrah..pada Allah..dan kasihku yang abadi.
Hanya dirimu..selama ini..menjadi..teman sejati..
Kerana..ukhuwah yang terbina..ooo.
Ikatan ini..ikatan suci..yang terjadi atas namanya..
Bersama hingga ke akhirnya..oooo..

Sedey lak bile dengar lagu nie, teringat sangat-sangat pada sahabat-sahabat suka duka kat MMP dulu. Allahu Rabbi, daa lame sangat tak jumpe dyorang, ade yg ke Jordan, kat UIA, dan ana sendiri kat UniSZA, masing-masing mencari haluan untuk mengejar cita-cita demi cinta mereka kpd ilmu, semoga Allah tetapkan hati kami dalam menuju cintaNya.

Semoga jarak yang menjauh antara kami tidak akan memudarkan rasa cinta antara kita keranaNya, kerana walau jauh dimata, namun dekat dihati,

Ya Allah, tolong jagakan dia untukku, jika dia sedang bersedih, tolong hiburkan hatinya untukku, jika dia keseorangan, tolong pelukkan dia untukku, jika dia sakit, tolong berada disampingnya untukku, sungguh aku ingin berada disampingnya disaat dia memerlukan ku, namun apekan daya bagiku, hanya Engkau yang tahu, dan doaku, pertemukanlah kami, jika bukan didunia, mungkin diakhirat sana, semoga ukhuwah yang terbina ini mendapat keredhaan dariMu Ya Rabbul Izzati..

Sahabat, sungguh aku rindu sangat dengan suasana tarbiah dahulu, walau ianya sudah lama berlalu, namun kenangan itu akan sentiasa tersemat dihati, syukran jazilan kerna sudi menjadi sahabatku, andai diri ini pernah mengguris hatimu, maafkan daku, syukran sahabat, syukran jazilan,... <3 

Kredit to; Laila Nahwah dan Nik Fairuz Nik.. :)

Tuesday, October 2, 2012

Allah bg SAKIT, Allah juga bagi UBATnya

 ~* Saiyidina Umar Al-Khattab r.a, pernah satu hari ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih, apabila ditanya oleh para sahabat mengapa beliau sedih, lalu beliau menjawab :
"Hari ini aku belum lagi diuji oleh Allah, aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehingga aku tidak ditimpa ujian.."

Lihatlah betapa rindunya sahabat Rasulullah saw terhadap ujian dan dugaan yang diberi oleh Allah.. ia menunjukkan betapa dekatnya ikatan hati para sahabat dengan Penciptanya.
maka, bersyukurlah, bagi insan yang merasakan ujian itu adalah teguran kasih sayang daripada Allah..:)

Ana nak share sedikit pengisian rohani yg boleh memberikan sedikit penawar bagi mereka yang sedang dilanda ujian supaya jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Sebab Allah memberikan ujian kepada kita, berkata ulamak:
1. Kerana Allah nak kafarahkan dosa
2. Untuk menaikkan darjat kita
3. Allah nak kita semakin istiqamah dengan agama
p/s; jangan bagi peluang pada syaitan untuk masuk menggoda kita supaya jauh daripada Allah
4. Sebagai latihan untuk menguatkan hati kite ketika ditimpa ujian.
(Sebagaimana ahli bomba ade latihan kebakaran, sebelum kebakaran yg sebenar berlaku?

Sabar yang sebenar adalah ketika mula2 ditimpa ujian, sebagaimana sirah Rasulullah saw, ketika Rasulullah melalui suatu perkuburan, didapati seorang wanita sedang menangis diatas kubur tersebut, lalu Rasulullah menegur wanita tua itu, "Wahai wanita tua, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah". Wanita itu bertanya; "Kamu ni siapa?" Wanita tersebut menghalau Rasulullah saw. Dikatanya lagi, "Kamu tidak mengalami ujian ini, bolehlah kamu mengatakan sedemikian, jika ujian ini ditimpakan ke atasmu, tentu kamu merasainya. Maka Rasulullah pun berlalu, dan Anas bin Malik memberitahu kepada wanita tua tadi bahawa orang itu merupakan Rasulullah saw. Sebaik sahaja wanita itu mengetahui bahawa orang yang dia halau tadi adalah Rasulullah, timbul perasaan menyesal dalam hatinya lalu dia mencari baginda. Wanita tua itu menjumpai Rasulullah dirumah baginda lalu Rasulullah saw bersabda: "Sabar adalah pada waktu mula-mula diuji". 

p/s Jika pada permulaan ujian kamu dapat bersabar, maka sesungguhnya kamu telah bersabar...

Ketika Allah beri sakitnya ujian, samada kita perasan atau tidak, Allah juga telah memberikan ubat bagi kesakitan tersebut. Ketika kita ade masalah, Allah berikan kita sahabat yang baik, tempat kita berkongsi suka duka, Allah berikan kita seorang ibu yang boleh menasihati kita, Allah berikan ketenangan bagi mereka yang menghidupkan rumah-rumahNya, itulah ubatnya. 

Maha Penyayangnya Allah. Sesungguhnya kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Allah tak kan membiarkan hambaNya tercari-cari ketenangannya sendirian.

p/s; wahai hati, bersabarlah dengan ujian daripadaNya, Sesungguhnya ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya..

Juga buat sahabat-sahabat seperjuangan, usah dikau jatuh dengan ujian yang diberikan, kerna Allah uji untuk menggugurkan dosa-dosamu, Allah uji untuk menaikkan darjatmu, dan Allah uji tanda kasih sayangNya kepadamu... Bersyukurlah kerna kita terpilih olehNya untuk diuji <3 ;)

video ni hadiah buat mereka yang sedang diuji =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU