CARILAH HATIMU DIMANA

Saturday, August 25, 2012

Jom pose 6 ^^

Yukk, kita sama2 pose 6...
Di antara tanda2 kasih sayang Allah kpd kita adalah Dia mengurniakan bulan yang mulia, yakni bulan Ramadhan, yang didalam nya terdapat satu bulan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu 83 tahun, Alhamdulillah, bulan Ramadhan daa berlalu, semoga Allah menerima segala amalan kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqomah meneruskan amalan2 yang dilakukan, bukan dibulan Ramadhan sahaja, bahkan diteruskan dan dipertambahbaikkan di bulan2 seterusnya, insyaallah ameen...^^,

Salam Lebaran...

   Bersama merenung alam ciptaan Allah...Subhanallah...


Adek, smg menjadi mujahid yang membela agama Islam supaya tertegak tinggi, kerna tiada yang lebih tinggi drpd agama ini selain ISLAM...jangan nakal2 tau...


 Along, nti nak pilih kakak ipar kakngah, pilih molep2 deh, semoga si dia dpt menjadi seorang kakak ipar, seorang anak, seorang menantu, dan seorang isteri yang solehah wa muslehah...^^
 
Ufi, ngaji molep deh, semoga dapat membanggakan mama dan baba, semoga menjadi mujahid yang membela Islam dijulang tinggi, jangan tension2 deh...^^

Kenangan terindah bersama2 dengan mujahid2 kesayangan, semoga menjadi syabab yang soleh wa musleh...ameen...


Subhanallah, rindu nyer dengan mereka... baru hari pertama ke kampus setelah seminggu beraya di kampung.. Semoga baba dan mama sihat2 sahaja di rumah tanpa aku disana... Indahnya bercinta di jalan yang halal,  bercinta dengan famili sendiri, boleh makan sama2, jalan sama2, bergurau senda, saling tukar2 hadiah, walaupun pada mulanya agak kekok sebb jarang buat, tp bile daa dibiasakan buat ngn mereka yg halal, sungguh indah... Ya Allah, Engkau rahmatilah kami, peliharalah kami, semoga kami sekeluarga dapat bersama2 di syurga nanti... ameen...

Ba, Ma, doakan kakngah dicini, semoga dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan urusan pembelajaran, ditetapkan hati dengan iman dan amal, juga doakan semoga kakngah sentiasa solehah dan dapat men'solehah'kan sahabat2 sekeliling... 
 
(tetibe rase sebak bile mama anta msg, "mama rindu kakngah"....)
~mood rindu famili, rindu mama, baba, along, ufi, arif...~....
-___-


*gambar mama xleh letak, mama xkasi....^^,

Friday, August 3, 2012

Hakikat Kemanisan Iman itu Indah



Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih)

Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.

Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata:
“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,
seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan,
cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

Manisnya buah ketika buah sudah matang, dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu. Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.
Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.  

Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:
   1. Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
  3.Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan  hati, lisan atau perbuatan.
4.   Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
5. Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
 6. Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki sesiapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman. Cinta Allah dan Rasul-Nya adalah kayu ukur bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.

 Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.”
Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.”
Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.”
Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh. Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal.

Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”

I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU