CARILAH HATIMU DIMANA

Sunday, April 29, 2012

Makna Cinta yg Sebenar

Disini ingin saya kongsikan sebuah video dari Hilal Asyraf tentang makna sebenar cinta sejati, cinta hakiki. Biasa kite dengar mereka bercinta, dan berdating, berpegangan tangan, buat tu, buat ni, adakah itu dinamakan cinta? Ada apa dengan cinta? Jom saksikan video ni, semoga kite sama2 leh memahami makna sebenar cinta.
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas kite semua. Amin ^^




Friday, April 27, 2012

Orang Yg Berjuang Sentiasa Diuji?

Ujian Allah tanda kasih sayangNYA. Tapi camne pulak dengan mereka yang tidak diuji? Adakah kasih sayang Allah kpdnya??

Setiap orang akan diuji, mengikut kemampuan diri mereka.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al Baqarah: 284-286)

Kekadang terlintas di hati, bile melihat ujian ke atas mereka di sekeliling kite, sungguh besar ujian terhadap mereka. Dan terlintas difikiran, kenapa Allah tak uji aku sebagaimana Allah menguji mereka?

Biasanya, orang yang baik-baik, Allah uji mereka dengan penyakit yang agak serius, yang leh bawak maut. Tapi sebaliknya mereka yang selalu bergelumang ngan dosa dan maksiat, Allah berikan kesihatan kepada mereka, sehinggakan mereka lupa untuk menggunakan nikmat sihat untuk beribadah kepadaNya.

Allah, dua nikmat terbesar yang selalu manusia dan tak terkecuali ana sendiri terlalai darinya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang. Dua nikmat ini sungguh besar nilainya bile kite sedar akan kehilangannya.

"Biasalah orang sedang berjuang, akan sentiasa diuji"

Terlintas dihati, aku tak pernah diuji sebagaimana dia diuji. Mungkin aku tidak semampu itu untuk diuji. Allah lebih mengetahui kemampuan aku berbanding diriku sendiri. Yer, Dia Maha Mengetahui segala-galanya.

Teringat ana akan kisah seorang sahabat baginda yang menangis kerana tidak diberikan ujian kesihatan pada suatu hari kerana menyangka bahawa Allah tidak menyayanginya.

Subhanallah, iman para sahabat pada zaman dulu sungguh tebal jika dibandingkan dengan iman manusia diakhir zaman, yang hanya setebal kulit bawang.

Mereka mengganggap sehari jika tidak diuji, seperti mereka dipinggirkan, dilupakan Allah, namun kita? Sehari diuji, mengganggap Allah tak sayangkan kita.

Kenapa Allah uji aku? Allah tak sayangkan aku ker...? dan bla3 ag... Macam2 dialog yang dicipta bile ditimpa ujian.

Banyak sangat bentuk2 ujian yang diberi Allah untuk menguji sejauh mane tahap keimanan seseorang hamba itu, berapa peratuskah ketebalan iman mereka.

Antaranya diuji soal hati, soal harta, soal persahabatan, soal rumahtangga, soal belajar, dan pelbagai lagi. Tapi bagi ana, ujian yang paling berat ujian soal hati, sebab soal hati orang lain tak tahu, hanya kite dan Allah jer yang tahu.

Memohon hanya padaNya :~
Ya muqollibal Qulub, thabbit qulubana a'la diinik waa'la thoa'tik...
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu"

Dikesempatan ini ana ingin menukilkan pesanan dari sahabat ana tentang ujian ini>>

"Kadang-kadang kita dibiarkan sendirian menghadapi masalah adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan kita dan bagaimana kepercayaan kita pada pertolongan Allah"
Yakin pada Allah.

Ingatlah Allah sentiasa bersama kita, apabila diri diuji, sentiasa bisikan pada hati, "Allah uji tanda kasih sayang Allah padaku". Inilah ubat paling mujarab yang pernah ana gune.

Buat sahabat2 yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita, dan yakinlah kepadaNya juga pada kasih sayangNya kpd kite.

^___________^



Saturday, April 21, 2012

Pengalaman baru ^^ Eps 1

Alhamdulillah, pada tarikh 18 hb April, ana berjaya menduduki ujian undang2 dengan lulusnye, huh, alhamdulillah. Ase puas sesangat, lega dan bebas, haha, ni baru ujian pertama, nti byk ag test yg kene lalui utk mendapatkan lesen kete ni.

Sungguh, sebelum ana nk tetapkan hari nk xam, hati dah tekad, nk test sekali ni jer, xkan membazirkan duit tuk mengulang2 bende ni. Save money. Walaupun buku xterhabis bace, menduduki dengan sepenuh hati bertawakal kpd Allah, alhamdulillah, syukur sesangat.

Dalam perjalanan nk pi tempat xam, bace byk2 kali ayat 1000 dinar. Ni petua penting tau, bile nk wat sesuatu bende yg kite kurang keyakinan terhadapnya, bace ayat ni banyak kali, insyaallah, Allah akan berikan kekuatan kpd kite, kerna kita yakin kpdNya.

Tau kan ayat 1000 dinar ni>>



Jom hayati maksudnyer :-
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Subhanallah, ayat ni sungguh mujarab tau, smoga ana dan sahabat2 leh terus mengamalkannya yer =). Tapi kene laa jugak usaha sblm bertawakal yer, jangan tawakal buta jer...^^

Selamat Beramal =) ~

Monday, April 16, 2012

Susahnya Nak jadi anak Solehah!

Em, daa lame da tak post entri baru kan, nk kate buzy, dok laa sangat, wat2 buzy kowt. Hari ni tetibe nak menulis plak, bunyi cam sedeh jer ni...= ='. tadi duk jejak2 blog, terjumpe widget music lagu korea nie, huhu, lame gak duk cari2 lagu yg sesuai ngn feeling, masuk jiwe kate orang, haha, jumpe gak, lagu nie, jiwang kapak tol, layan jer laa yer...^^,

Alamak, lari tajuk da, ok, masuk topik, malam nie, ditemani hujan yang agak lebat jugak kat luar sana tu, sedangkan pg td ditemani panas agak membahang jugak, subhanallah, cuaca agak tidak menentu, tanda2 kiamat semakin dekat lorh, sedangkan aku masih dihujani dosa2 noda, astaghfirullah al azim, susahnyer nk jadi anak solehah.....= ='

Jika ingin menjadi anak solehah, setiap kata2 yang diungkapkan oleh ibubapanya wajib dipenuhi selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Susah kan?! Cakap senang, tapi ingin melakukannyer agak susah yer..Allahu Rabbi, beri daku kekuatan, untuk menjadi anak solehah satu2nya buat ibubapaku, nti ble kawen, nk jadi isteri solehah pulak, lau title anak solehah xlepas, tp ade hati nk jadi isteri solehah? agak2nyer leh lepas ker title isteri solehah andai kewajipan anak solehah terabai? waduh2, penatnyer...

Tiada daya dan upaya bagiku tanpa izinNya, agaknyer nti kawen, apelaa peel perangai zauj aku, takut xterlayan kowt, tapi ase cam xlayak lak nk mengharapkan sesempurna baginda SAW, kerna ku tahu diriku xsesempurna khatijah r.a, tapi yang hanya ku mampu, berdoa, dan tawakkal semoga aku dapat menjadi penyejuk mata bagi kedua ibubapaku, dan jua zauj ku nti..amin....

<Mama Baba, doakan anakmu ini menjadi anak yg solehah, yg mentaati segala perintah dn laranganmu, selagi tidak melanggar hukum syariatNya> T_T


ana ade tips camne nk kawal emosi ble terasa diri nk lawan ape yg parents kite suh, em, cmne nk cakap ea, ana xmaksudkan nk lawan, tp, cam kite xnak wat ape yg mrk suh, biase laa, kite nk darah mude, tak suke dikongkong, nk free jer, cam freedom, ok, ni tips dari ana yg faqir laa yer, lau nk ikut, silekan, tp lau xnk terserah, ni tips wat diri sendiri jgk...

firstly, bile ade perasaan tu, banyak2kan istighfar, lau rase marah, istighfar byk2, biaselaa, perasaan marah ni syaitan suke cocok spy lg teruk kejadiaannya...

secondly, lau terasa diri nk nanes, silekan, kuarkan jer tangisan anda, jangan duk kedekot air mata, xkene bayar pom, hehe, jgn ego dengan diri sendiri ok, lau nk ego ngn orang lain, tu cite lain, nanes jer puas2, ikutlaa nk nanes lam bilik air skali ngn mandi ke (cara ni leh menyejukkan badan sambil2 main air ^^), nanes lam bilik sambil ditutupi ngn bantal ker...ikut suke yer...

thirdly, amek wuduk, solat, lepas solat berdoa dengan bersungguh2, supaya ditetapkan hati, mohon ampun kerna telah menderhakai mrk dan bla3...doa sambil nanes, insyaallah, confem Allah makbul...bayangkan lau ade orang duk merayu2 ngan kite dgn sepenuh hatinyer, sampai menangis2, mesti kite bagi ape yg dy nak kan? itu kite, lau Allah? mestilah lbh2 lagi, DIAlah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...tp lau Dia xbg skrg, mgkn ade hikmahnyer yg tidak kite ketahui...

keempat, muhasabah balik, ingat balik jasa mrk selama membesarkan kite sejak kite dlm perut lg, sampailaa besar panjang laani, lau nk dihitung2 balik, memang tak terbalas jasa mereka kpd kite, so, lu pikirlah sendiri.

kelima, mak ayah kte pom manusia biasa, tak terlepas dr wat kesalahan, so cepat2lah memaafkan mrk, sebb keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa...

keenam, bile terasa diri daa cool daa, ringan2kan diri pergi meminta maaf kpd mrk, mesti mrk suke sgt ble anaknyer pergi merendahkan diri meminta maaf, sejuk perut ibu mengandung...

Semoga menjadi anak soleh/ah ^^,
Wallahua'lam

I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU