CARILAH HATIMU DIMANA

Sunday, July 24, 2011

Lemahnya Imanku -_-

Wahai orang-oang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar, Kalau bukan kerna kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun diantara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (An Nur: 21)

Alhamdulillah, bersyukur sgt kerna dengan izinNya rohani ana terisi dengan sedikit pengisian. Meskipun sebentar, namun ia cukup bermakna untuk makanan rohani ana. Hati ini pabila tidak diisi dengan makanan rohani, terasa hati tidak sempurna, terasa ada kekosongan yang memerlukan pengisian. Hati terasa tidak tenteram kerna rohaniku sedang dalam kelaparan. Alhamdulillah, ana dapat dari Surau Saodah.

Disini ana nak kongsi sedikit ape yang ana dapat dari pengisian tadi, insyaallah lain kali kite boleh sama2 ajak sahabat2 bersama mengimarahkan lagi surau2 kita, insyaallah.


Kalau bukan kerna kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun diantara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya


Alhamdulillah, kita sepatutnya sentiasa merafakkan rasa syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan 2 nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Ramai orang Islam dimuka bumi ini tapi bukan semuanya yang beriman, yang betul2 mengikut apa yang disuruh, tinggal yg dilarang, bukan semua yang betul2 menjaga auratnya, yang sangat2 menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan, meskipun nak bermesej dengan berlainan jantina pun berfikir banyak kali adakah ia patut atau tidak, yang sangat2 menjaga pemakanannya antara halal dan syubhah, yang sangat2 menjaga punca rezekinya dari yang halal datau sebaliknya dll.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita, kita diantara insan yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayah olehNya untuk menjaga segala batasan2 yang telah disyariatkan. Namun, masih ramai masyarakat diluar sana yang masih bergelumang dengan dosa noda, masih tidak lagi dikurniakan hidayah untuk kembali dijalanNya. Kalau nak tengok pada konteks masyarakat ni cam jauh sangat kan, kite tengok dalam kampus kite jelaa. Semakin hari, semakin ramai students yang sudah berani untuk mendedahkan aurat mereka. Sekarang ni bukan masalah tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi masalah tidak menutup aurat. Ada yang memakai baju lengan pendek, ke kafe, tanpa rasa sedikit perasaan malu malah berbangga pulak.

Lepas balik dari pengajian, Allah terus nak menguji ana, dalam perjalanan ke blok asrama, terserempak dengan sekumpulan adek2 sem1. Salah seorang daripada mereka memakai baju berlengan pendek, ade yg  pakai baju lengan pendek dgn handsock, ada yang hanya memakai selendang tanpa anak tudung. Beristighfar panjang hati ana. Sambil2 usha mereka, ana fikir camne nak tegur adek2 ni. Ya Allah, terasa lemahnya iman bile berhadapan dengan kemungkaran. Yang termampu ana lakukan hanya berjihad dengan hati. Sedih sangat2, lemah sangat kah imanku ini. Nak tegur adek2 pun berat. Inikan pula jika berhadapan dengan masyarakat diluar sana yang pelbagai kerenah maksiatnya.

"Adek, lain kali pakai baju lengan panjang yer"..(berat sangatkah untuk diungkapkan kata-kata ini?)

Betapa susahnya untuk menjaga hati ini. Mereka yang memakai jubah, yang pakai tudung labuh, yang pakai niqob pun tidak semestinya bersih hatinya. Maksiat berleluasa di merata2, disetiap sudut, setiap tempat. Berbahagialah bagi mereka yang bermujahadah berusaha untuk menjaga hati mereka, yang berusaha membersihkan hatinya sedaya upaya dari dosa walau setitik dalam hatinya. Dari mata turun ke hati, so, jika ingin menjaga hati, maka jagalah matamu duhai sahabat. Dosa mata menyebabkan kita tidak dapat menghadirkan hati kita untuk mendapatkan khusyuk didalam solat kita. Lau solat tidak khusyuk, agak2nyer Allah nk terima ke tak solat kite???

Bersama bermuhasabah diri samada hati kite bersih atau tidak.........-_-

Friday, July 15, 2011

Dia BUTA TULI dan BISU??

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.


Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.




Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.





Dia bertanya kepada saya, 
"Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". 


Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?


Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!


Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, 


"Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya".. 
air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Tuesday, July 12, 2011

iman yazid wa yanqus

Iman yazid wa yanqus....
iman bertambah dan berkurang....agak2nyer iman kite semakin bertambah kew smakin berkurang??
wallahua'lam, hanya kite dan Allah shjlah yang tahu......

maksud iman...membenarkan dalam hati, dituturkan dgn lisan dan mengamalkan dengan anggota badan....

ustaz ana, ustaz Akila bin Mamat ade cakap lau kite beriman dengan Allah maknanya percaya kepada Allah...tp law percaya dengan pak we kite, ikut jer ape dy suh...law ade org cite yg pakwe kte main kayu 4...kite x caye...cam kite beriman dgn pakwe kite laa....astaghfirullah....

itulah penting sangat jaga hati ....tkt2 kite x pasan yang kite telah mensyirikkan Allah tanpa kite sedari...
kekadang nk mkn pon leh jd syirik...law kite percaya yg mknn tu yg mengenyangkan kite tp bukan Allah....leh jatuh syirik....astaghfirullah.....kekadang kite xpasan bende2 remeh camni kan.....

Allah xkan ampun dose syirik.....tp Allah Maha Pengampun bg dose2 yg lain.....

miskipon sepanjg hidupnyer sentiasa wat dosa samada kecik ataw besar...tp masih ade walau sekecil zarah iman pada Allah, dy tetap akan msk syurga slps diBERSIHkan dengan azab neraka...
so, lau rase leh tahap dgn azab neraka, leh laa wat dose...lps tu lau msh ade secebis iman dlm hati...dgn izinNya dimasukkan ker syurgaNya....

iman juga bermaksud berserah diri...sbgmn tersirat dlm surah Al Baqarah ayat 131: Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".

so, lau Allah suh tutup aurat, wajib kite tutp dengan sempurna, sebb kite wajib tuk berserah diri sepenuhnya pada setiap perintah Allah....siapalah kita...yg diciptakan dari setitis air mani....betapa hinanya kita...tup2 ble kita membesar....kite lawan agama...Allah suh tutup aurat...wat dek je....amek remeh jew....astaghfirullah... 


bayangkan...seorang ibu yg melahirkan kita, membesarkan, mendidik, mengasuh dengan penuh kasih sayang,  kite nak apew, mrk bagi jew, nk mainan, nk mkn KFC, mrk bg jew.....tetibe ble kite dah dewasa, kite daa kenal kwn baru, lbh2 lg ada pakwe or makwe, kite ketepikan mak ayah yg sblm ini membesarkan kite, mak suh balik, kite wat xhirau, duk umah kwn, melepak memanjg kt sane...ble balik umah jew, gaduh ngn mak ayah...apew agaknyer perasaan mereka ea??leh feeling x??


mesti sedih sgt3 kan....lbh2 lg Allah yg menciptakan kita dr tiada kpd ada....jgn sampai DIA murka dgn ketidakpedulian kita kpdNya...kita sgt2 memerlukanNya...tanpa kasihsayangNya, kite xkan dpt bernafas sekarang....subhanallah...


ingatlah kamu akan nikmat2 yang telah dikurniakan kepadamu...begitu besar nikmatNya padamu...dan nikmat yang paling besar adalah nikmat IMAN dan ISLAM...2 nikmat ini sgt2 bernilai tuk menuju ke syurgaNYA...


Wahai Tuhanku...nikmatMu sangat besar kpd kami...Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri...Ampunilah kami wahai Tuhan Maha Pengampun.....amiinn...-_-


wallahua'lam

Wednesday, July 6, 2011

Wanita Berpurdah itu

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat :


selamat mnghayatinya kisah ini,barakaallahufikum :) renung2kan dan selamat beramal ^___^
Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya.

Dia berpaling kepadaku, seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid, memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata ganjil. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika kepadaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitamnya.
"Adakah ini khayalanku sahaja?" Bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu. "Siapakah wanita itu?"


Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan, masih tak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"


I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU