CARILAH HATIMU DIMANA

Friday, April 1, 2011

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !): "1. Baca ini dan fahami ini dahulu. Sabda Rasulullah s.a.w. : 'akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana merek..."

kain kecil di mukaku...

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah dengan istiqamah.

Ana berdialog pada diri sendiri:
“ kalau kau pakai ni, agak-agak sebab apa kau pakai?”
“ Kalau aku pakai ni, aku nak tutup wajah aku dari pandangan lelaki”
“ Kerana lelaki ke kau pakai ni?”
“ Untuk dikenali sebagai perempuan baik baik.”
“ Kerana ingin menunjuk diri kau baik2?”
“ Jadi kerana apa?”
“ Ingat lagi tak buku mutabaah amal wanita dari Dr Nor? Memberati aurat kerana
ALLAH, maka perbetulkanlah niat kau. Bukan lah niat awal kau tadi tak betul, Cuma perindahkanlah dengan niat utama…”

Jadi telah ana tekankan dalam jiwa, pakai kerana ALLAH, hanya itu alasan yang ana dapat bagi pada sesiapa yang bertanya kerana ana tidak ada alas an lain. Cukuplah ALLAH sebagai pembantu. Dalam rangka mencari cinta ALLAH, ana kuatkan diri mencuba pemakaian purdah.

Semenjak ana memakai purdah, ana rasa sesuatu yang berlainan dalam jiwa ana, ana rasa lebih selamat, lebih terlindung, ana lebih menjaga pandangan, ana lebih diam dari berbicara, ana lebih pemalu dari sebelumnya, dan ana tidak mudah lagi memandang lelaki yang bukan muhrim. Apabila memakai purdah, ana ingatkan lagi perintah ALLAH supaya tundukkan pandangan, dengan pemakaian purdah ni ana dapat menjaga pandangan. Alhamdulillah. Malah ana lihat lelaki tidak lagi menganggu ana berbanding wanita yang tidak menutup aurat mereka (tidak bertudung) . Malahan ana rasa lebih dekat dengan ALLAH, rasa sangat dekat dengan ALLAH, rasa macam ALLAH sedang memeluk jiwa ana.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA MOHON CINTAMU